Adegan Menarik Episod 9: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
| Info || Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik || Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Adegan Menarik: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod
|
1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 9

Senarai Adegan Menarik

Adegan GMN bersimpati dengan HTK dan ingin membantu dengan memenuhi segala keperluan HTK waktu itu:

  • Dia berkejar ke kedai untuk beli air bagi menggantikan air botol yang habis dimimum HTK
  • Sekali lagi berkejar untuk membeli mentol baru apabila lampu di studio latihan berkelip perlu ditukar
  • HTK mula berasa pelik apabila mendapati mentol telah ditukar baru meskipun belum sempat dia berbuat demikian
  • HTK mula syak sesuatu apabila akhirnya menyedari tentang air botol yang telah diganti baru itu
  • HTK sengaja hendak menguji: kononnya terasa ingin minum kopi panas

Adegan ketika GMN akhirnya terperangkap selepas pulang dari membeli kopi untuk HTK:

  • GMN cuba untuk menyembunyikan kopi yang dibeli apabila ditegur oleh HTK
  • GMN takut apabila dimarahi dan dikatakan membuang masa
  • GMN terpaksa mengaku bungkusan hadiah harijadi HTK telah dibuka olehnya oleh ibu saudaranya
  • HTK menyangka GMN datang ke situ kerana hendak meminta maaf
  • HTK mengejek GMN sekarang bukan hanya pandai memohon maaf, tapi pandai pula ‘memberi rasuah’ / membodek (dengan membelikan air, dll.)
  • Apabila HTK memarahinya kerana kopi terlalu panas, GMN dengan selambanya menjawab, “kerana Hyeong-nim sendiri yang cakap inginkan kopi panas!
  • GMN memberitahu HTK dia ‘rela’ dirinya dibuli oleh HTK sepuas-puasnya sehingga HTK berasa lega (dia tidak mahu HTK tahu yang dia turut menyaksikan insiden menyedihkan antara HTK dengan ibunya itu)
  • GMN mengiyakan dalam hatinya apabila HTK berkata GMn seolah-olah menyatakan yang HTK hidup hanya dengan membuli GMN
  • HTK gembira apabila GMN mengucapkan selamat hari jadi, tetapi cuba untuk menyembunyikan kegembiraannya itu

Adegan ibu saudara teringatkan lagenda-lagenda A.N.Jell yang diberitahu oleh peminat fanatik A.N.Jell kepadanya:

  • Apabila ibu saudara GMN ditawarkan minum air teh oleh Shin Woo, dia memuji kebaikan Shin Woo, kemudian teringatkan lagenda tentang Shin Woo
  • Dia mula percayakan lagenda itu apabila Shin Woo berkata semua orang pernah bergaduh waktu di zaman remajanya dahulu (secara tidak langsung mengaku dirinya pernah bergaduh)
  • Apabila Jeremy tiba-tiba muncul sambil memakan kuih dengan lahapnya, dia berasa sukar untuk mempercayai lagenda tentang Jeremy
  • Tetapi, dia mula percaya apabila Jeremy mengatakan pernah bercakap dengan Puteri Amy yang dikatakan pernah bertunang dengan Jeremy itu (ibu saudara GMN memanggil Jeremy sebagai ‘Little Snail’ / ‘Si Siput Kecil’ kerana stail rambutnya itu! )
  • Oleh kerana lagenda tentang Shin Woo dan Jeremy mungkin benar, dia mula memikirkan kemungkinan lagenda tentang HTK juga ada kebenarannya

Adegan GMN cuba memberikan hadiah hari jadi kepada HTK berdasarkan kemahuan/arahan HTK tetapi HTK menyuruh GMN memikirkannya sendiri:

  • GMN mencadangkan agar mereka melakukan apa yang biasa dilakukan sewaktu ‘hari jadi palsu’ HTK:
    • HTK memberitahu, untuk menyambutnya dengan cara itu, GMN perlu menyewa stadium yang boleh memuatkan 15,000 peminat, menjemput lebih-kurang dalam 15 orang artis-artis ternama, serta menjemput syarikat penyiaran paling terkemuka di Asia untuk membuat liputan, tetapi semua itu perlu dilakukan dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum hari tersebut berakhir
    • Ianya sudah pasti mustahil dapat dilakukan GMN kerana hari sudah malam!
    • HTK sebenarnya sengaja hendak mengenakan GMN
  • GMN lalu mencadangkan apa yang biasa dilakukan oleh masyarakat biasa Korea sewaktu hari jadi, iaitu yang pertama, memakan sup rumpai laut:
    • Oleh kerana sudah jauh malam, hanya sup segera diperolehi oleh GMN tetapi dia terlupa yang HTK alah kepada minyak bijan, iaitu salah-satu kandungan sup rumpai laut, lalu dimarahi oleh HTK kerana GMN sekali lagi hampir-hampir membunuhnya (selepas insiden memasak bubur udang untuk HTK tempoh hari)
  • Perkara kedua yang biasa dilakukan adalah menerima hadiah hari jadi:
    • Oleh kerana sudah banyak kedai yang telah ditutup, mereka ke sebuah kedai kecil yang menjual barangan cenderamata biasa dan terjumpa ‘pog‘ atau ‘sticker‘ kecil karakter kartun A.N.Jell yang dijual secara ‘haram’ (tanpa pengetahuan A.N.Jell)
  • Mereka kemudiannya ke taman dan bermain permainan menjentik ‘pog‘ tetapi HTK menyalahkan ‘pog‘ karakternya yang dikatakan rosak apabila ‘pog‘ Shin Woo serta Jeremy berjaya terbang lebih jauh selepas dijentik GMN

Adegan apabila GMN memberikan kejutan istimewa buat HTK apabila mereka sampai ke rumah:

  • GMN menyatakan kekesalan kerana tidak dapat menyediakan apa-apa untuk hari jadi HTK yang bakal berakhir itu
  • HTK buat pertama kalinya secara tidak langsung berterima kasih kepada GMN kerana membuatkan hari yang terlalu panjang buatnya itu terasa singkat disebabkan kehadiran GMN
  • GMN memberikan satu kejutan kepada HTK dengan melakukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh Ketua Biarawati terhadapnya setiap kali di penghujung hari jadinya iaitu… memeluknya!
  • HTK terharu apabila GMN berkata sambil memeluknya: “Hari ini, hari kamu dilahirkan, adalah hari yang istimewa.Terima kasih kerana dilahirkan.
  • GMN berjaya membuatkan HTK sedikit terhibur

Reaksi Shin Woo apabila terlihat perbuatan GMN memeluk HTK dari balkoni rumah:

  • Shin Woo yang kecewa berkata, “demi kebaikan kumpulan, demi ketenangan fikirannya, aku telah cuba untuk menuturkan kata-kata yang manis. Alangkah sukarnya untuk menjadi baik.

Insiden HTK sekali lagi ditepuk punggungnya oleh ibu saudara GMN sewaktu sarapan pagi – kali ini bukan setakat sekali, tapi dua kali

Adegan GMN diminta memilih ‘pog’ karakter A.N.Jell yang paling disukai dan menyebabkan ada yang tersalah-sangka:

  • Ketiga-tiga HTK, Shin Woo serta Jeremy jelas kelihatan cemas sewaktu GMN diminta membuat pilihan
  • Reaksi ketiga-tiga mereka selepas GMN membuat pilihan:
    • Shin Woo tersenyum senang kerana GMN memilih ‘pog’nya
    • Jeremy puas hati meskipun ‘pog’ miliknya adalah pilihan yang kedua terbaik
    • HTK tidak puas hati dan mengomel yang GMN sepatutnya memilih ‘pog’ miliknya kerana ia paling paling popular
  • Sebenarnya pilihan ‘pog‘ yang dibuat GMN itu adalah berdasarkan karakter mana yang kelihatan lebih menarik/ceria, bukan tuannya
  • Pengurus Ma tersedak disebabkan pilihan GMN itu – dia semakin yakin yang GMN sukakan Shin Woo dan menyuruh HTK membantu GMN untuk ‘mendapatkan’ Shin Woo

Reaksi HTK yang tidak puas hati kerana GMN memilih ‘pog’ karakter Shin Woo:

  • HTK tidak pernah kalah dalam sebarang undian populariti, jadi dia tidak puas hati kerana ‘pog’nya tidak berjaya ‘menawan hati’ GMN
  • Dia cuba untuk menafikan perasaan tidak puas hati itu kerana tak mahu dikatakan kalah kepada GMN, namun gagal mengawalnya perasaannya dan akhirnya memuncungkan bibir tanda tidak senang dengan pilihan GMN

Ibu saudara GMN datang ke pejabat A.N.Entertainment untuk berjumpa dengan Presiden Ahn kerana ingin berbincang soal meminta wang royalti hasil penglibatan GMN dalam A.N.Jell

Mo Hwa Ran datang berjumpa dengan Presiden Ahn untuk memintanya menyerahkan bunga kepada HTK tanpa mengetahui HTK alah kepada debunga

Mo Hwa Ran dan Presiden Ahn berbincang tentang isu hakcipta dan pemberian imbuhan kepada waris Go Jae Hyeon, pencipta lagu 어떡하죠 (Eot-teo-kha-jyo / ‘What Should I Do?’):

  • Oleh kerana Go Jae Hyeon telah meninggal dunia, mereka perlu mencari warisnya bagi menyelesaikan isu tersebut
  • Mo Hwa Ran berkata yang dia masih lagi sedang mencari waris Go Jae Hyeon iaitu anak-anak Go Jae Hyeon yang dipercayai dijaga oleh saudara-mara mereka

Pertemuan tidak sengaja antara ibu saudara GMN dengan Mo Hwa Ran di pejabat A.N.Entertainment:

  • Mo Hwa Ran melayan ibu saudara GMN dengan dingin kerana menyangka ibu saudara GMN adalah sekadar peminat yang ingin mengganggunya
  • Apabila ibu saudara GMN memberitahu adik lelakinya pernah mencipta lagu buat Mo Hwa Ran, dia sekadar berkirim salam dan kemudiannya berlalu selepas memberi autograf
  • Selepas Mo Hwa Ran berlalu, barulah ibu saudara GMN dapat mengingat kembali tajuk lagu yang pernah dicipta adiknya, iaitu lagu 어떡하죠 (Eotteokhajyo / What Should I Do?) Bermula dari sinilah, kaitan antara GMN dengan Mo Hwa Ran ditonjolkan sedikit demi sedikit

Adegan GMN dibuli oleh YHY sewaktu penggambaran babak terakhir untuk MV lagu nyanyian GMN:

  • GMN cemburu apabila melihat YHY sedang disolek serta dapat memakai aksesori yang cantik sedangkan dia pula terpaksa menyamar sebagai lelaki
  • GMN mengeluarkan pin yang dihadiahkan oleh HTK untuk memujuk hatinya
  • YHY tiba-tiba muncul dan menuduh GMN mengusik barang-barang kepunyaannya
  • GMN terpaksa menipu yang pin di tangannya itu adalah milik adik perempuannya apabila YHY mempersoalkan kenapa ‘lelaki’ sepertinya berminat dengan barang wanita (GMN tidak sedar yang YHY sebetulnya tahu tentang identiti sebenar GMN)
  • YHY sengaja memaksa GMN untuk bersolek dan cuba mengenakan gincu pada bibir GMN
  • Mujurlah pada saat itu, Shin Woo serta Jeremy muncul menyelamatkan keadaan

Adegan YHY mencium HTK sewaktu penggambaran sedang berlangsung apabila HTK mengejeknya tentang ciuman palsu mereka tempoh hari:

  • HTK dan YHY sepatutnya berlakon sebagai pasangan kekasih yang terpaksa berpisah
  • Sewaktu melakonkan aksi kononnya sedang berciuman, YHY tiba-tiba mencium HTK dengan alasan agar lakonan tersebut kelihatan hidup
  • HTK marah dengan tindakan YHY itu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa selagi pengarah belum mengarahkan mereka berhenti berlakon
  • GMN terguris dengan insiden itu, tetapi tidak sempat bersedih lama kerana Jeremy muncul mengajaknya ke sebuah parti yang dianjurkan Presiden Ahn sempena tamatnya penggambaran MV tersebut
  • GMN tidak menyedari Shin Woo juga turut berada di situ

Adegan selepas penggambaran apabila YHY sengaja menyembunyikan pin rambut milik GMN:

  • YHY terjumpa pin yang terjatuh dari baju yang dipakai oleh GMN sewaktu penggambaran
  • YHY membiarkan sahaja GMN cemas sewaktu tercari-cari pin tersebut

Adegan YHY sengaja hendak menyakitkan hati GMN dengan mengenakan pin rambut milik GMN itu ke rambutnya:

  • GMN cuba mengesahkan sama ada pin rambut yang dipakai YHY itu adalah pin miliknya yang telah hilang tetapi tangannya ditepis oleh YHY
  • YHY keras menyatakan yang pin tersebut adalah miliknya
  • YHY sengaja mengejek GMN dengan mengatakan yang GMN berkelakuan seperti perempuan kerana berminat dengan pin rambut
  • YHY menyuruh GMN membeli pin rambut lain bagi menggantikan pin rambut ‘adiknya’ yang hilang itu

Adegan YHY cuba memburuk-burukkan GMN di hadapan HTK tetapi tembelangnya itu akhirnya pecah:

  • YHY memberitahu pin tersebut adalah miliknya tetapi HTK pasti pun tersebut adalah milik GMN apabila ternampak tanda harga asal pin tersebut terlekat pada botol bir yang diminum YHY
  • YHY terpaksa menyerahkan pin kepada HTK selepas HTK berkata dia kenal benar akan pin tersebut kerana dia sendiri yang membeli pin itu untuk dihadiahkan kepada GMN

Adegan HTK ingin memulangkan semula pin rambut pemberiannya yang ‘hilang’ itu kepada GMN tetapi niatnya terbantut apabila GMN mengatakan yang dia tidak bercadang untuk mencari pin yang hilang itu:

  • GMN sebenarnya termakan dengan kata-kata YHY
  • GMN berasakan yang pin itu tidak sesuai dengan dirinya yang kini sedang menyamar sebagai lelaki, oleh itu dia mengambil keputusan untuk tidak mencari pin yang hilang itu
  • Kerana menyangka GMN tidak menghargai pemberiannya, HTK menyuruh GMN agar tidak mencari pin itu lagi kerana pin tersebut juga mungkin tidak suka bertuankan GMN, oleh sebab itu ia ‘menghilangkan diri’
  • GMN terkilan dengan kata-kata HTK itu

Adegan Mo Hwa Ran menelefon Go Mi Jae untuk berbincang tentang   tentang isu pemberian royalti bagi lagu ciptaan Go Jae Hyeon:

  • Mo Hwa Ran menghubungi ibu saudara GMN itu tanpa mengetahui bahawa Go Jae Hyeon adalah bapa GMN
  • Di tangan Mo Hwa Ran, terdapat sekeping gambar Go Jae Hyeon bersama anak-anak kembarnya (Go Mi Nam dan Go Mi Nyeo)

Parodi muzik video ‘Abracadabra’ yang dipersembahkan oleh Pengurus Ma serta 3 orang lelaki dari kru penggambaran:

  • Lagu ini pada asalnya dinyanyikan oleh sekumpulan 4 gadis muda yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘B.E.G.’ atau ‘Brown Eyed Girls’

Adegan GMN diejek oleh HTK kerana hidungnya merah kerana terlalu lama/kuat ditekan:

  • GMN sekali lagi mempraktikkan teknik titik tekanan bagi mengawal perasaanya yang gundah akibat kehilangan pin rambut pemberian HTK
  • Tindakan GMN menekan hidungnya itu membuatkan hidungnya merah
  • Jeremy serta Shin Woo risau melihatkan keadaan GMN
  • Jeremy menyatakan kebimbangannya apabila melihat hidung GMN merah seperti hidung si Rudolph, iaitu rusa Santa Clause
  • HTK mengejek yang hidung GMN merah bukan seperti Rudolph sang rusa kutub tapi Rudolph sang arnab ‘Cik Babe’

Adegan YHY sengaja hendak mengenakan GMN kerana sakit hati terhadap GMN lantaran insiden pin rambut:

  • YHY sebelum itu terdengar perbualan antara Koordinator Wang dengan pekerja di kelab malam tentang gimik air yang ingin dilakukannya
  • Koordinator Wang sebenarnya ingin melakukan gimik tersebut sewaktu persembahannya nanti
  • YHY memaksa GMN menyanyi di atas pentas
  • Apabila GMN memberitahu yang dia cuma pandai menyanyikan lagu-lagu perayaan (carol songs), YHY cuba meyakinkan GMN bahawa penonton pastinya akan terhibur apabila GMN menyanyikan lagu-lagu sedemikian
  • YHY sebetulnya ingin memalukan GMN, tetapi GMN yang naif itu tidak menyedarinya
  • Sewaktu GMN sedang menyanyikan lagu ‘Rudolph the Red Nosed Reindeer’ / Rudolph Si Rusa Hidung Merah, YHY sengaja menekan suis yang menyebabkan air jatuh dan menimpa ke atas GMN

Adegan Shin Woo, Jeremy serta HTK saling berganding bahu untuk ‘mengeluarkan’ GMN dari situasi yang memalukan itu:

  • Apabila GMN terpaku sahaja di atas pentas kerana malu akibat disimbah air, Shin Woo adalah orang yang mula-mula bangun untuk ‘menyelamatkan’ GMN dengan menyambung nyanyian GMN yang terhenti di separuh jalan itu
  • Jeremy kemudiannya bangkit untuk turut sama memberikan sokongan kepada GMN
  • Melihatkan perbuatan kedua-dua rakannya itu, HTK turut bangkit dari tempat duduknya
  • HTK menyambar sehelai alas meja dan menutup badan GMN dengan kain tersebut
  • Pada mulanya, HTK enggan untuk turut serta menyanyikan lagu tersebut bersama ahli-ahli A.N.Jell yang lain, namun dia akhirnya turut bernyanyi apabila GMN juga mula bernyanyi YHY hanya mampu memandang dari jauh rancangannya yang gagal itu

Adegan perbualan antara Jeremy dengan Shin Woo di dalam van sewaktu A.N.Jell dalam perjalanan pulang ke rumah mereka:

  • Jeremy bertanya kepada Shin Woo berkenaan hal GMN yang dilihatnya bersedih akibat kehilangan sesuatu barang yang penting baginya
  • Shin Woo memberitahu Jeremy yang GMN tidak lagi bercadang untuk mencari barang yang hilang itu kerana dia berasa dirinya tidak berhak untuk memiliki barang tersebut
  • Shin Woo juga memberitahu yang GMN kelihatan lebih bersedih daripada sebelumnya sejak dia mengambil keputusan untuk tidak mencari barang yang hilang itu
  • Jeremy berkata yang ini menunjukkan bahawa GMN sebenarnya ingin mendapatkan semula pin tersebut tetapi keadaan tidak mengizinkan

Adegan HTK mundar-mandir dalam bilik latihannya kerana keliru sama ada hendak memulangkan pin rambut kepada GMN atau tidak:

  • Setelah mendengar perbualan antara Jeremy dengan Shin Woo, HTK tidak pasti sama ada dia patut memulangkan pin tersebut kepada GMN atau tidak kerana dia bimbang perbuatannya itu tidak dihargai oleh GMN
  • Akan tetapi, dalam masa yang sama, dia tidak mahu GMN terus bersedih akibat kehilangan pin tersebut

Adegan HTK memikirkan cara bagaimana hendak memulangkan pin rambut tanpa memalukan dirinya dan merealisasikan imaginasinya itu:

  • HTK mendapat idea untuk mencipta anak patung 돼지토끼 (Dwae-ji-to-kki / ‘Pig-Rabbit’ / Arnab ‘Cik Babe’) dengan mengambil sempena nama gelaran yang diberikan kepada GMN
  • HTK menyelongkar stor yang digunakan untuk menyimpan hadiah pemberian peminat-peminat A.N.Jell dan terjumpa anak patung seekor arnab dan anak patung seekor ‘Cik Babe’ yang comel
  • HTK melakukan ‘pembedahan’ ke atas anak-anak patung itu dengan menukarkan hidung anak patung arnab itu kepada hidung ‘Cik Babe’

Adegan GMN bangun dari tidur dan ternampak si Arnab ‘Cik Babe’ di sebelahnya:

  • Pada mulanya, GMN berasa hairan tentang kewujudan seekor anak patung arnab berhidungkan ‘Cik Babe’ dan tertanya-tanya adakah si Arnab ‘Cik Babe’ itu adalah gambaran dirinya
  • GMN sungguh gembira apabila mendapati terdapat pin rambutnya yang hilang di telinga anak patung 돼지토끼 (Dwae-ji-to-kki) itu
  • GMN tahu yang HTK telah membantunya mendapatkan semula pin rambut itu, jadi dia sangat gembira
  • GMN juga tahu yang anak patung arnab itu adalah pemberian HTK lalu dia memeluknya dengan gembira bagitu sekali sambil tertawa kecil
  • HTK yang berpura-pura tidur, tersenyum seorang diri ‘mendengarkan’ reaksi GMN itu

Adegan GMN terbersin sewaktu bersarapan dan tiga orang jejak ‘berebut’ untuk menunjukkan keprihatinan mereka terhadap GMN:

  • HTK menawarkan air yang baru sahaja dikeluarkannya dari peti sejuk kepada GMN
  • Shin Woo menawarkan air teh suam kepada GMN
  • Jeremy pula menawarkan jus oren kepada GMN
  • Oleh itu, Pengurus Ma (sekali lagi!) menyuruh GMN membuat pilihan
  • Oleh kerana dia mengalami selesema, GMN pastinya memilih minuman yang panas/suam kerana pilihan tersebut adalah yang paling tepat mengikut keperluan semasanya
  • Sekali lagi, HTK (serta Jeremy) kalah kepada Shin Woo
  • HTK yang tidak puas hati, segera meminum air di dalam gelas yang pada asalnya ditawarkan kepada GMN itu
  • Pengurus Ma pula semakin yakin yang GMN sukakan Shin Woo kerana GMN memilih minuman yang ditawarkan oleh Shin Woo

Aksi A.N.Jell sewaktu sesi fotografi untuk iklan telefon bimbit di mana mereka perlu beraksi mengikut warna tema telefon masing-masing:

  • Untuk warna tema kuning, Jeremy terpaksa memakan pisang berkali-kali sehingga perutnya penuh dan terasa loya
  • Untuk warna tema hitam, Shin Woo terpaksa menahan sabar dengan karenah anjing apabila dia diminta bergambar sambil memeluk seekor anjing hitam
  • Untuk warna tema hijau muda, HTK terpaksa menahan rasa masam apabila diminta memakan limau nipis (bukan oren!) berkali-kali hinggakan lidahnya serasa ‘lumpuh’
  • Hanya GMN sahaja yang gembira sewaktu di set penggambaran tersebut, kerana dia diminta bergambar sambil memegang bunga – untuk warna tema putih
  • HTK melarang GMN daripada mendekatinya kerana dia alah kepada debunga

Reaksi A.N.Jell apabila melihat kru penggambaran membawa lebih banyak ‘props’ (iaitu pisang serta buah limau nipis) untuk sesi fotografi seterusnya:

  • Mereka tidak menyangka yang sesi fotografi pada hari tersebut telahpun berakhir
  • Komen Shin Woo: Pastinya sukar untuk menghabiskan/memakan semua itu
  • Komen HTK: Pasti lidahnya akan tertanggal kalau terpaksa memakan semua limau itu
  • Komen Jeremy: Pasti dia akan bertukar menjadi monyet kalau terpaksa memakan semua pisang itu
  • Hanya GMN seorang sahaja yang kelihatan seronok kerana tugasnya tidaklah sukar berbanding mereka yang lain

YHY dijemput datang oleh Presiden Ahn ke set penggambaran kononnya untuk menceriakan suasana tetapi kemunculannya itu merosakkan suasana

Penjelasan Presiden Ahn tentang pilihan warna tema untuk setiap ahli A.N.Jell adalah bertepatan dengan imej mereka:

  • Hijau untuk HTK kerana dia popular di kalangan wanita muda
  • Kuning untuk Jeremy kerana dia popular di kalangan kanak-kanak (atau remaja)
  • Hitam untuk Shin Woo kerana kematangannya serta ia warna yang melambangkan kelelakian
  • Putih untuk GMN kerana imejnya yang putih bersih melambangkan kesucian

Adegan apabila YHY bertanyakan pendapat GMN tentang HTK yang dikatakan sangat popular di kalangan wanita:

  • HTK menjeling tajam apabila GMN menyatakan yang HTK bertuah kerana masih diminati golongan wanita meskipun dia bersikap serius serta perengus
  • GMN cepat-cepat menunjukkan simbol bagus kerana takut dengan jelingan HTK itu

Adegan HTK sekali lagi tersalah-sangka tentang perasaan GMN terhadap Shin Woo:

  • HTK menyangka yang GMN sukakan Shin Woo apabila GMN menyatakan yang dia sukakan warna hitam apabila ditanya oleh YHY tentang warna kegemarannya
  • Sebenarnya, GMN memilih warna hitam untuk mengelakkan identitinya terbongkar memandangkan warna tersebut digemari kebanyakan lelaki
  • Secara kebetulan, warna hitam adalah warna tema Shin Woo, oleh itu HTK menyangka GMN sukakan warna hitam kerana dia sukakan Shin Woo
  • Kerana tidak senang hati dengan pilihan GMN itu, HTK memuncungkan bibirnya

Adegan pertemuan antara Mo Hwa Ran, ibu HTK dengan Go Mi Jae, ibu saudara GMN:

  • Mo Hwa Ran bertanya sama ada Go Mi Jae adalah adik kandung Go Jae Hyeon
  • Mo Hwa Ran menyatakan keinginan untuk bertemu dengan anak-anak Go Jae Hyeon

Adegan Jeremy serta Shin Woo mengambil berat tentang GMN apabila selesema GMN kelihatan bertambah teruk mungkin disebabkan penat akibat terpaksa bekerja-keras untuk sesi fotografi pada hari itu

YHY cemburu melihatkan layanan baik yang diberikan oleh semua orang kepada GMN

Adegan HTK bersemuka dengan GMN kerana tidak puas hati kenapa dia selalu kalah kepada Shin Woo:

  • HTK menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana menganggap GMN memandang rendah padanya sedangkan dia begitu popular di kalangan peminatnya
  • Sebelum ini, HTK tidak berpuas hati kerana ‘pog’nya tidak termasuk dalam ‘pog’ paling digemari oleh GMN sedangkan ‘pog’nya adalah yang paling popular di kalangan peminat
  • Sekarang ini, HTK tidak puas hati kerana warna temanya tidak dipilih oleh GMN sedangkan warna hijau muda adalah warna yang popular di kalangan wanita muda
  • HTK sebenarnya ingin GMN memilihnya, jadi dia tidak puas hati kenapa GMN memilih warna hitam lalu dia menyuruh GMN membuat pilihan sekali lagi
  • GMN terpaksa memilih warna putih sebagai ‘jalan selamat’ kerana putih adalah warna temanya

Reaksi YHY selepas terdengar perbualan antara HTK-GMN itu dan mula menyedari yang HTK kini sudah mula menganggap GMN sebagai seorang perempuan serta mungkin sudah mula jatuh hati pada GMN:

  • YHY masuk ke tandas lelaki untuk mencari GMN dan menyuruhnya keluar daripada tandas tersebut
  • GMN terkedu apabila YHY memberitahunya yang dia tahu GMN sebenarnya adalah seorang perempuan
  • YHY mengheret GMN keluar dari tandas tersebut untuk memaksa GMN berterus-terang dengan semua orang tentang identiti sebenarnya
  • YHY memaksa GMN memilih warna apa yang disukainya, iaitu kuning, hitam ataupun hijau muda (merujuk kepada Jeremy, Shin Woo ataupun HTK) untuk mengesahkan siapa sebenarnya di antara ahli A.N.Jell yang disukai oleh GMN

Adegan Paling Diminati

HTK mencipta anak patung 돼지토끼 (Dwae-ji-to-kki / ‘Pig-Rabbit’ / Arnab ‘Cik Babe’) khas untuk GMN. Anak patung ini direkanya sendiri sebagai satu cara untuk memulangkan pin rambut GMN tanpa memalukan dirinya. Ini kerana dia tahu bahawa GMN akan terus bersedih selagi belum mendapatkan semula pin rambutnya yang hilang itu.

Dia melakukan pembedahan ke atas seekor anak patung arnab dengan menukarkan hidung anak patung itu kepada hidung ‘Cik Babe’ yang diperolehi daripada seekor anak patung ‘Cik Babe’. Di sini, sekali lagi, imej HTK yang sebenarnya berjiwa lembut ini ditonjolkan. Sebelum dan semasa melakukan pembedahan’ tersebut, HTK sempat bercakap-cakap dengan anak-anak patung itu. Malah, dia turut berasa bersalah terhadap anak patung ‘Cik Babe’ kerana terpaksa mencabut hidungnya untuk diberikan kepada si arnab. Kerana tidak sampai hati melihat keadaan anak patung ‘Cik Babe’ yang daif akibat hidungnya yang telah ‘hilang’ itu, HTK menelengkupkan muka anak patung tersebut dan kemudiannya menepuk-nepuk belakang anak patung seolah-olah cuba memujuknya.

Selepas berjaya melekatkan hidung ‘Cik Babe’ pada anak patung arnab, HTK mengepilkan pula pin rambut GMN ke telinga anak patung arnab tersebut. Dia kemudiannya menjentik hidung si arnab yang kini sudah menjadi Arnab ‘Cik Babe’!

Dikemaskini: 30/04/10, 7:35pm


About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Friday, 30 April 2010, in K-Drama, Plot Drama and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s