Adegan Menarik Episod 8: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
| Info || Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik || Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Adegan Menarik: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod |
1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 8

Senarai Adegan Menarik

Reaksi HTK apabila Pengurus Ma memberitahu GMN meluahkan perasaannya terhadap Shin Woo menerusi lagu tersebut  – HTK menganggap ianya sebagai sesuatu yang sukar untuk dipercayai

Adegan di taman selepas GMN melarikan diri daripada HTK apabila menyedari aksi dia menangis diperhatikan:

  • GMN ingin ‘menghilangkan diri’ kerana tidak mahu perasaannya diketahui orang, terutamanya oleh HTK, tetapi Jeremy berjaya ‘menemuinya’ kembali

Adegan Jeremy cuba sedaya-upaya menghiburkan GMN yang berada dalam kesedihan:

  • Jeremy membawa GMN menaiki motorsikal , tetapi tidak mampu menggembirakan GMN
  • Kemudian membawa GMN mencuba makanan pedas di  sebuah restoran India – mereka makan makanan yang paling pedas yang ada di situ supaya GMN dapat menangis sepuas-puas hatinya
  • Mereka makan aiskrim/biskut bagi menghilangkan rasa pedas
  • Jeremy membawa GMN bermain permainan di arked video
  • Sekali lagi membawa GMN bersiar-siar dengan motorsikal, kali ini pada waktu malam
  • Membawa GMN menaiki bas ajaibnya – teknik yang dia sendiri sering gunakan untuk melupakan kesedihan

Adegan Pengurus Ma mengajarkan teknik mengawal perasaan berasaskan ‘titik tekanan’ kepada GMN – dia kemudiannya rasa bersalah kerana menipu (teknik tersebut sebenarnya adalah rekaan Pengurus Ma semata-mata)

Reaksi HTK yang terkejut sewaktu GMN pertama kali menunjukkan hidung ‘Cik Babe’ padanya yang menyebabkan munculnya gelaran 돼지토끼 (Dwae-ji-to-kki / ‘Pig-Rabbit’ / Arnab ‘Cik Babe’)  – HTK menyangka GMN sengaja menyakitkan hatinya dengan mengingatkan dia kepada insiden dikejar babi sewaktu di kampung halaman GMN tempoh hari

Adegan ketika HTK menyuruh GMN berterus-terang kepada Shin Woo tentang perasaannya (serta jantina sebenarnya):

  • GMN enggan apabila HTK berkata dia ingin ‘menyerahkan’ GMN kepada Shin Woo
  • GMN ingin memberitahu HTK yang dia telah tersalah-sangka tetapi HTK enggan mendengarnya
  • HTK terus menyuruh GMN menekan hidungnya sambil bercerita tentang rancangannya untuk ‘menyatukan’ GMN-Shin Woo, tanpa mengetahui sebab sebenar kenapa GMN berbuat demikian

Rancangan HTK untuk ‘menyatukan’ GMN-Shin Woo; Terdapat dua kemungkinan seandainya GMN berterus-terang:

  1. Shin Woo sudi menerima GMN – HTK berkata, meskipun dia merasa kasihan terhadap Shin Woo, dia ‘lega’ kerana dapat melepaskan GMN
  2. Shin Woo enggan menerima GMN – GMN harus bertahan dan terus ‘melekat’ pada Shin Woo, sebagaimana dia ‘melekat’ pada HTK selama ini

HTK siapa menyuruh GMN agar berusaha keras bagi mendapatkan Shin Woo

Adegan antara GMN dengan Shin Woo selepas Shin Woo mendapati sedang memegang carta yang dilukis oleh HTK

  • GMN mengatakan kononnya dia sedang membuat origami sebuah kapal terbang tetapi Shin Woo tahu ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripadanya, namun dia tetap berlagak tenang
  • Shin Woo bercerita tentang seorang gadis yang ‘clueless‘ yang menyamar sebagai lelaki menyertai sebuah kumpulan lelaki, tetapi tidak langsung menyangka cerita tersebut adalah berkenaan dirinya
  • Cerita Shin Woo tentang si gadis ‘clueless’:  Bagaimana salah-seorang ahli kumpulan menyedari tentang rahsia gadis tersebut dan kemudiannya sering membantu si gadis tanpa disedarinya:
    • Bagaimana gadis itu pernah dilihatnya tersilap memasuki tandas wanita
    • Bagaimana gadis itu cemas apabila melihat rakan-rakan lelakinya tidak berbaju
    • Bagaimana lelaki tersebut telah menyelamatkannya sewaktu dia diajak mandi sauna bersama
    • Bagaimana lelaki tersebut membantu gadis tersebut mengangkut barang yang berat
    • Bagaimana lelaki tersebut cuba melindungi identiti si gadis – menutup wajahnya sewaktu tertidur kerana kepenatan
    • Malangnya, GMN yang ‘clueless‘ itu tidak menyedari yang cerita tersebut adalah berkenaan dirinya dan tidak menyedari yang Shin Woo sebenarnya ingin berterus-terang yang dia tahu tentang identiti sebenar GMN

Jawapan Shin Woo apabila GMN bertanya kenapa lelaki tersebut terus cuba melindungi identiti si gadis ‘clueless’ itu: Kerana, demi ahli kumpulan dan demi keselamatan gadis tersebut

Tingkah-laku HTK yang tidak senang duduk memikirkan tentang hal GMN-Shin Woo:

  • Mengomel-ngomel sendirian tentang GMN
  • Tak dapat tumpukan perhatian mencipta lagu kerana terlalu risau
  • Menendang tilam/alas GMN tidur untuk melepaskan geram
  • Malah, turun mencari GMN setelah mendapati GMN ‘menghilang’ terlalu lama
  • Cuba menyergah GMN yang disangka bersembunyi sekali lagi di bawah piano
  • Gembira apabila GMN akhirnya menghantar sms kepadanya meminta agar tidak menyerahkannya kepada Shin Woo

Tingkah-laku GMN kerana tidak mahu HTK menyerahkannya kepada Shin Woo:

  • GMN patuh dengan setiap perintah HTK
  • Apabila HTK menyuruh supaya GMN tidur dengan separuh tilam sahaja (agar tidak menyusahkannya/menyempitkan ruang biliknya), GMN patuh tanpa sebarang bicara

Adegan antara Presiden Ahn, Pengurus Ma dan Koordinator Wang sewaktu membincangkan tentang penggambaran video muzikal (MV) untuk lagu GMN:

  • Pengurus Ma mencadangkan agar melibatkan pasangan ‘hangat’ HTK-YHY
  • Cadangan Pengurus Ma: Penggambaran dilakukan seperti dalam filem ‘blockbuster‘ Hollywood yang penuh dengan aksi dan ‘special effects
  • Hollywood ala James Bond dan pasangannya membanteras jenayah di serata dunia (tetapi tidak dipersetujui Presiden Ahn kerana faktor kos serta tidak sesuai dengan konsep lagu)
  • Cadangan Koordinator Wang pula: Adegan panas yang romantik
  • Pengurus Ma pada mulanya terkejut dengan gaya/aksi Koordinator Wang sewaktu membuat cadangan itu tetapi lekas-lekas menyokong
  • Imaginasi Pengurus Ma: Masih dengan idea sama – pembunuh upahan yang kesunyian bersama-sama pembunuh upahan yang seksi: Kedua-dua mereka tertarik kepada satu sama lain
  • Idea itu lekas-lekas dibangkang oleh Presiden Ahn kerana sekali lagi tidak sesuai dengan konsep lagu
  • Presiden Ahn akhirnya memberikan cadangan yang bernas: Sebuah kisah cinta di zaman remaja (tetapi Pengurus Ma tetap inginkan sesuatu yang ‘explosive’ / meletup-letup)

Adegan sewaktu di lokasi penggambaran MV lagu GMN (di sebuah sekolah di mana HTK dan GMN perlu berlakon sebagai pelajar sekolah):

  • HTK kononnya merungut apabila Presiden Ahn menyuruhnya ‘menjaga’ GMN
  • Kerana tidak mahu diserahkan kepada Shin Woo, GMN sekali lagi patuh dengan setiap arahan HTK

Seseorang yang mengenali Go Mi Nam yang sebenar (si abang kembar) ada di set penggambaran

Kemunculan Wartawan Kim di lokasi fotografi Shin Woo dan Jeremy  untuk menyiasat tentang identiti wanita yang dilihat bersama-sama HTK pada malam konsert tempoh hari

  • Wartawan Kim bertanyakan Jeremy tentang identiti wanita tersebut sambil menunjukkan gambar yang dirampasnya daripada peminat fanatik A.N.Jell
  • Jeremy pula memberitahu yang dia pasti HTK hanya bersama GMN pada malam itu

Adegan di bilik darjah apabila HTK menyedari seseorang sedang memerhatikan GMN sewaktu penggambaran sedang dijalankan:

  • GMN yang langsung tidak menyedari dirinya diperhatikan, pada mulanya selamba sahaja apabila diberitahu oleh HTK akan hal itu
  • GMN terkejut apabila akhirnya dapat mengecam siapa lelaki misteri tersebut; kawan karib abangnya sewaktu di sekolah menengah atas!
  • HTK mencadangkan agar GMN pergi menyapa lelaki tersebut seolah-olah benar-benar mengenalinya tetapi GMN langsung tidak ingat nama lelaki tersebut
  • HTK menunjukkan muka geram apabila GMN meminta dia membantunya dalam hal itu

Adegan HTK terpaksa membantu GMN mendapatkan nama lelaki misteri tersebut (bagi mengelakkan rahsia GMN terbongkar):

  • HTK terpaksa berlakon kononnya ingin memberikan lelaki tersebut autograf memandangkan lelaki tersebut adalah peminatnya, sedangkan lelaki  misteri itu tidak sedikitpun berminat untuk mendapatkan autograf HTK
  • HTK menjegilkan matanya apabila lelaki tersebut tidak berminat untuk mendapatkan autograf dan enggan memberitahu namanya
  • Kerana takutkan HTK, lelaki tersebut akhirnya terpaksa memberitahu namanya (Kim Dong Joon)

Adegan GMN terpaksa berlakon sebagai abang kembarnya dan pergi menemui Dong Joon:

  • GMN terkejut apabila tiba-tiba dipeluk oleh Dong Joon
  • HTK yang cemburu cepat-cepat datang dan menggunakan alasan perlu meneruskan
  • penggambaran untuk ‘memisahkan’ mereka
  • HTK cemburu melihat ‘keakraban’ mereka

Adegan HTK ‘menyelamatkan’ GMN apabila Dong Joon bertanyakan tentang parut besar di tangan GMN akibat terjatuh basikal yang kini ‘sudah tiada lagi’:

  • HTK mengatakan yang kononnya GMN telah menjalani pembedahan plastik  untuk membuang parut itu
  • GMN terpaksa ‘mengaku’ dia telah menjalani beberapa pembedahan plastik termasuk mukanya untuk mengelakkan identitinya terbongkar

Adegan GMN diajak oleh Dong Joon untuk ‘kencing bersama’ (aktiviti yang biasa dilakukan bersama GMN sebenar sewaktu di sekolah menengah dahulu):

  • Sekali lagi HTK terpaksa campur-tangan, ‘menyelamatkan’ GMN daripada situasi yang memalukan itu
  • Sewaktu di tandas, HTK cuba mengalihkan perhatian Dong Joon dengan bertanyakan tentang lagu A.N.Jell yang diminatinya
  • Apabila Dong Joon mengatakan yang dia tidak tahu, HTK siap menyanyikan lagu ‘Promise‘, salah-sebuah lagu popular semata-mata untuk ‘menyelamatkan’ GMN

Adegan antara GMN, HTK dan Dong Joon sewaktu sesi penggambaran waktu rehat/makan tengah hari:

  • GMN seronok apabila bekal makanan tengaharinya mengandungi makanan yang sedap iaitu telur omlet kegemarannya
  • GMN hampir-hampir tersedak apabila Dong Joon memberitahu yang omlet itu mengingatkan dia kepada Mi Nyeo
  • Dong Joon meluahkan perasaan yang dipendam selama ini terhadap adik Mi Nam itu tanpa menyedari yang dia sebenarnya sedang bercakap dengan Mi Nyeo, bukannya Mi Nam
  • GMN malu-malu dengan pengakuan itu dan langsung tidak menyedari HTK sedang menjeling tajam padanya
  • Terbeliak mata HTK dibuatnya apabila Dong Joon tiba-tiba memeluk kepala GMN dan mereka saling bergesel-geselan kepala, dan GMN pula hanya tersenyum dengan perbuatan Dong Joon itu

Adegan selepas selesai sesi penggambaran apabila HTK menyuruh GMN tidak terlalu akrab dengan Dong Joon kerana cemburu

GMN terpaksa meminta bantuan HTK untuk mengalihkan perhatian Dong Joon bagi membolehkan dia pergi ke tandas tanpa ‘diganggu’

Perbualan antara HTK dengan Dong Joon sewaktu GMN ‘menghilangkan diri’ ke tandas:

  • HTK menunjukkan rasa tidak senang apabila Dong Joon bertanyakan hal Mi Nyeo
  • HTK bertambah tidak senang apabila Dong Joon menyatakan impiannya untuk mengahwini Mi Nyeo selepas dia selesai menjalani latihan tentera dan menamatkan pengajian di bidang farmakologi

Wartawan Kim muncul di lokasi penggambaran MV dan bertanyakan YHY tentang identiti sebenar wanita di dalam gambar yang jatuh ke tangannya itu

Adegan HTK-GMN perlu berlakon sebagai kawan karib yang sedang membersihkan daun-daun kering di kawasan sekolah:

  • Kerana cemburukan keakraban GMN-Dong Joon, HTK memerli GMN agar tidak lupa memberikannya vitamin percuma selepas bergelar isteri ahli farmasi nanti
  • Tidak senang dengan ejekan itu, GMN melepaskan geram dengan melemparkan daun-daun kering yang sedang mereka sapu itu ke arah HTK
  • HTK yang sememangnya seorang yang sangat mementingkan kebersihan itu, turut membaling daun kering ke arah GMN kerana marah/tidak suka dengan tindakan GMN itu
  • Maka berlakulah ‘pergaduhan kecil’ antara mereka
  • HTK ketawa kerana seronok dapat membuli GMN tetapi GMN pula berasa ‘gementar’ melihat tawa HTK itu
  • HTK marah apabila GMN menunjukkan hidung ‘Cik Babe’ kepadanya

YHY muncul dan mula berlagak seperti kekasih HTK di hadapan GMN menyebabkan GMN terguris melihat kemesraan YHY-HTK itu tanpa mengetahui yang mereka berdua bukannya pasangan kekasih sebenar

Adegan perbualan ibu saudara GMN dengan peminat-peminat setia A.N.Jell: Imaginasi peminat tentang lagenda setiap ahli A.N.Jell

  • Shin Woo: Sewaktu zaman remajanya, dia seorang yang sangat hebat dan pernah bertarung mengalahkan 17 orang lawan 1
  • Jeremy: Pernah bertunang dengan Puteri Diraja Britain tetapi mengambil keputusan untuk kembali ke Korea serta memutuskan pertunangan kerana minat yang mendalam terhadap muzik
  • HTK: Terdapat misteri besar di sebalik kelahirannya – ibunya seorang yang cantik dan sangat terkenal tetapi tiada siapapun tahu identiti sebenar ibu HTK kecuali dia dan bapanya. Malah, tarikh kelahirannya juga adalah satu misteri yang tidak diketahui umum
    Rupa-rupanya lagenda yang disebutkan oleh peminat itu tentang HTK ada kebenarannya kerana hari tersebut merupakan hari kelahiran HTK

YHY terserempak GMN sedang berbual-bual dengan Dong Joon yang dikatakan ‘kawan lamanya’ dan ingin melaporkan hal tersebut kepada Wartawan Kim untuk menyusahkan GMN

Adegan Dong Joon mengetahui identiti sebenar GMN dengan secara tidak sengaja dan kemudiannya ditemuramah oleh Wartawan Kim berkenaan GMN:

  • Sewaktu meneliti kasut GMN dan kasutnya, Dong Joon hairan kerana saiz kasut yang dipakai oleh GMN sebenar sepatutnya sama dengan saiz kasutnya, tetapi kini saiz kasut GMN  jauh lebih kecil
  • Meskipun tahu GMN telah menjalani pembedahan plastik, namun kerana adalah tidak mungkin (tidak perlu) pembedahan plastik dilakukan untuk mengecilkan kaki seseorang yang normal, tahulah dia bahawa GMN yang berada di hadapannya itu bukan Mi Nam tetapi Mi Nyeo
  • GMN pada mulanya tidak menyedari hal itu dan segera berlalu apabila dipanggil datang oleh HTK
  • Sewaktu HTK mengejeknya tentang insiden bertukar-tukar kasut itu, barulah GMN menyedari bahawa rahsianya telah terbongkar
  • Apabila kembali ke tempat tadi, dia mendapati Dong Joon sedang berbual-bual  dengan Wartawan Kim
  • GMN sangat takut kerana risau rahsianya diberitahu kepada wartawan
  • Namun, GMN sungguh bernasib baik kerana Dong Joon bukan sahaja tidak membocorkan rahsianya malah membantu menyembunyikan rahsia tersebut

Adegan HTK cemburukan Dong Koon – Terbeliak mata HTK apabila Dong Joon memeluk GMN sewaktu mengucapkan selamat tinggal meskipun Dong Joon telah tahu identiti sebenar GMN

Adegan YHY memaksa HTK menghantarnya pulang selepas selesai sesi penggambaran:

  • Apabila HTK enggan menurut kemahuannya, dia mengugut akan membocorkan rahsia GMN
  • Bukan sahaja pada awalnya menipu kononnya tiada kenderaan untuk pulang, namun selepas rahsianya bocor, YHY tanpa segan-silu menyuruh HTK membawa beg tangannya pula, tetapi tidak diendahkan HTK
  • Perbualan tersebut diperhatikan oleh GMN yang ternyata sedih kerana menyangkakan YHY benar-benar adalah kekasih hati HTK
  • Sebelum melangkah masuk ke keretanya, YHY sempat mengucapkan selamat tinggal – dia sebenarnya sengaja hendak berlagak dan menyakitkan hati GMN

Adegan YHY ditinggalkan begitu sahaja oleh HTK di hadapan sebuah restoran kerana bosan melayan karenah YHY:

  • Dalam perjalanan pulang, YHY mengarahkan HTK berhenti di sebuah restoran kerana dia ingin makan spaghetti
  • Apabila sampai di hadapan restoran, YHY menyangka yang HTK akan makan bersamanya, tetapi dia ditinggalkan begitu sahaja di hadapan restoran tersebut

Adegan GMN mendapat tahu secara tidak sengaja yang hari tersebut merupakan hari jadi HTK dan menyediakan hadiah buat HTK:

  • Apabila pulang ke rumah, dia mendapati kotak bungkusan yang dikirimkan untuk HTK telah dibuka oleh ibu saudaranya
  • Sewaktu cuba menampal semula kotak tersebut, GMN terjumpa kad ucapan hari jadi yang ditujukan buat HTK
  • GMN menyediakan hadiah hari jadi istimewa buat HTK, iaitu autograf Mo Hwa Ran (GMN menyangka HTK adalah peminat setia Mo Hwa Ran)
  • GMN bertanya kepada Jeremy tentang persediaan untuk majlis hari jadi HTK, tetapi Jeremy menyatakan yang hari tersebut bukan hari jadi HTK
  • Oleh kerana ingin mendapatkan kepastian daripada HTK sendiri, GMN mengambil keputusan untuk pergi menemui HTK di studio kerana Jeremy memberitahunya yang HTK dia tidak akan pulang ke rumah pada malam itu kerana sibuk di studio.

Adegan HTK pergi berjumpa dengan ibunya selepas meninggalkan YHY di hadapan restoran:

  • Sebenarnya sewaktu di dalam kereta YHY itu, HTK mendapat panggilan daripada ibunya yang menyatakan keinginan untuk berjumpa sekali lagi
  • HTK menyangkakan yang ibunya ingin menyambut hari jadinya
  • Apabila sampai di tempat yang dijanjikan, HTK mendapati terdapat wartawan yang sedang menanti bersama ibunya
  • HTK kecewa apabila menyedari si ibu menjemputnya ke situ kerana hanya ingin berbual tentang urusan bisnes semata-mata, atau lebih tepat lagi untuk memaksanya bersetuju menggubah semula lagu

Perbualan antara HTK dengan ibunya di perkarangan pejabat pengurusan A.N.Entertainment:

  • Mo Hwa Ran marah kerana HTK telah memalukannya di hadapan wartawan
  • HTK pula kecewa kerana si ibu sanggup datang mencarinya semata-mata kerana hal itu tetapi tidak langsung teringat tentang hari jadinya
  • Si ibu juga berkata yang dia tidak lagi bercadang untuk menyembunyikan hakikat yang mereka adalah anak-beranak bagi menarik perhatian media terhadapnya memandangkan HTK juga sekarang ini adalah seorang selebriti sepertinya
  • Hati HTK amat terguris apabila ibunya menyalahkan kelahirannya – disebabkan HTK, si ibu kehilangan sesuatu yang paling berharga di dalam hidupnya iaitu lelaki yang dicintainya
  • Oleh kerana dia telah berjasa melahirkan HTK, menurut si ibu, si anak adalah bertanggungjawab untuk membalas jasanya itu dengan merealisasikan impiannya untuk menerbitkan semula  lagu yang pernah dicipta oleh bekas kekasihnya itu
  • HTK terkilan kerana ibunya hanya teringat tentang jasa yang perbah ditabur, tetapi tidak teringat langsung tentang tarikh lahirnya, dengan berkata: “Seandainya kamu ingin mengungkit jasamu kerana melahirkan aku, sekurang-kurangnya… paling tidakpun, kamu sepatutnya ingat akan tarikh itu.”

Adegan Paling Diminati (Menyentuh Perasaan)

Adegan HTK menangis sendirian selepas meninggalkan ibunya. Oleh kerana terlalu sedih dengan kata-kata yang diluahkan ibunya, pada malam itu, bentang pertahanan yang selama ini dibina oleh HTK untuk melindungi dirinya dan hatinya itu akhirnya ‘roboh’ juga. Pada mulanya, dia cuba menahan tangis tetapi akhirnya, di sebuah laluan yang sepi, dia menangis tersedu-sedu meratapi nasibnya. GMN pula yang menyaksikan sendiri antara HTK dengan ibunya itu dari jauh, turut merasakan kesedihan HTK itu. Sungggggguh menyayat hati… :,,,,,,,-(

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Thursday, 15 April 2010, in K-Drama, Plot Drama and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s