Catatan 花火 Hana-bi: Drama Korea Terhangat Di Pasaran

Beberapa hari yang lalu, 花火 Hana-bi berkesempatan untuk menonton beberapa buah drama yang baru sahaja disiarkan di kaca televisyen Korea Selatan. Tiga buah drama yang siaran pertama mereka bermula pada tarikh yang sama, iaitu pada 31 Mac 2010 yang lalu, kini sedang berentap hebat di slot Rabu dan Khamis jam 9.55 malam. Drama-drama tersebut adalah Cinderella’s Sister / 신데렐라 언니 (KBS2), Personal Preference / Kae In’s Personal Taste / 개인의 취향 (MBC) dan Prosecutor Princess / 검사 프린세스 (SBS).

Cinderella's Sister (CW): Cheon Jeong Myeong, Moon Geun Yeong, Taecyeon, Seo Woo

KDrama 2010 – Cinderella’s Sister adalah sebuah drama tragik tentang kakak tiri Cinderella (versi moden) yang hidup menderita sejak kecil dan ingin membalas dendam terhadap adik tirinya itu kerana cemburukan kebahagiaan yang dikecapi oleh adik tirinya selama ini. KDrama 2010 – Personal Preference / Kae In’s Personal Taste pula adalah sebuah drama komedi romantik yang berkisarkan tentang bagaimana seorang lelaki muda berusaha untuk memenangi hati Kae In, seorang wanita yang lebih tua daripada usianya dengan arkitek muda, atas sebab perniagaan, terpaksa menyamar sebagai seorang lelaki homoseksual semata-mata kerana hendak menyewa di sebuah rumah yang mempunyai nilai senibina yang tinggi, milik seorang wanita tersebut ‘suka’ berkawan dengan lelaki homoseksual. KDrama 2010 – Prosecutor Princess juga adalah sebuah drama berunsurkan komedi romantik, mengisahkan tentang seorang pendakwaraya yang bijak tetapi tidak langsung meminati serius dalam kerjayanya itu. Ini kerana, gadis tersebut lebih suka berseronok serta menghias diri.

Kim So Yeon dalam 'Prosecutor Princess'

Slot Rabu dan Khamis jam 9.55 malam sebenarnya adalah slot yang sama yang pernah menyaksikan pertarungan sengit antara dua stesen televisyen Korea Selatan, iaitu SBS dengan KBS2, menerusi KDrama 2009 – You’re Beautiful (SBS) dan KDrama 2009 – IRIS (KBS2) pada penghujung tahun 2009/awal 2010 yang lalu. Kehebatan kedua-dua drama tersebut telah menenggelamkan KDrama 2009 – Hero (MBC), lakonan pelakon tersohor Lee Joon Ki, di mana IRIS muncul sebagai drama yang mencatatkan peratusan penonton tertinggi.

Untuk musim ini, berdasarkan catatan penonton / ‘rating’ untuk minggu pertama penyiaran, drama KBS2 sekali lagi mengungguli kedudukan carta dengan mencatatkan peratusan tertinggi berbanding drama MBC mahupun SBS. KDrama 2010 – Cinderella’s Sister (KBS2) yang watak utamanya dipegang pelakon muda tetapi berbakat besar, Moon Geun Yeong, ternyata berjaya menawan hati penonton berbanding KDrama 2010 – Personal Preference (MBC) mahupun KDrama 2010 – Prosecutor Princess (SBS).

Personal Preference: Son Ye Jin dan Lee Min Ho

Adakah KBS2 akan terus mengungguli carta sebagaimana yang ditunjukkan dalam drama-dramanya yang terdahulu? Atau, berjayakah MBC dan SBS yang masing-masing mempertaruhkan Lee Min Ho (KDrama 2009 – Boys Over Flowers),  dan Kim So Yeon (KDrama 2009 – IRIS), pelakon-pelakon yang populariti mereka melonjak naik pada tahun lepas ini, untuk merampas kedudukan dan menawan hati penonton? Masih terlalu awal untuk membuat sebarang rumusan, oleh itu, sama-samalah kita saksikan drama-drama ini bersama. Namun yang jelas, OST ketiga-tiga drama ini berjaya menawan hati 花火 Hana-bi. Oleh itu, nantikan paparan terkini dari 花火 Hana-bi kerana 花火 Hana-bi akan cuba menterjemah dan mengolah lagu-lagu tersebut untuk anda.

Sebenarnya, terdapat sebuah lagi drama yang berjaya menarik perhatian 花火 Hana-bi iaitu KDrama 2010 – Oh! My Lady (SBS). Drama ini dilakonkan oleh pelakon kegemaran 花火 Hana-bi iaitu Chae Rim, bersama penyanyi/pelakon muda Choi Shi Won (SuJu). Drama yang disiarkan pada slot Isnin dan Selasa jam 8:55 malam ini memulakan penyiaran sejak 22 Mac yang lalu.

Nota: 花 火 Hana-bi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan anda semua kerana setia mengunjungi lama blog ini meskipun telah hampir 2 minggu tiada sebarang paparan baru yang diposkan di blog ini. 花火 Hana-bi juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan sinopsis episod, senarai adegan menarik serta paparan skrin untuk Episod 8 dan seterusnya bagi KDrama 2009 – You’re Beautiful. Ini kerana, sejak kebelakangan ini, 花火 Hana-bi berdepan dengan sedikit masalah kesihatan dan beberapa masalah lain yang tidak dapat dielakkan yang telah menyebabkan kerja-kerja ini terbantut.

! (Gamsahamnida!) dan Selamat Menonton!

| 花火 Hana-bi |


About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Monday, 5 April 2010, in Catatan 花火 Hana-bi and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s