Adegan Menarik Episod 7: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
| Info || Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik || Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Adegan Menarik: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod | 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 7

Senarai Adegan Menarik

Reaksi GMN apabila melihat dengan mata kepalanya sendiri lelaki yang dicintainya mencium wanita lain

Reaksi peminat-peminat A.N.Jell setelah mendapat tahu tentang hubungan HTK-YHY: Mereka mengucapkan tahniah kepada HTK sambil menangis

Shin Woo cuba meracuni pemikiran GMN dengan mengatakan bahawa apa yang dirasai oleh GMN terhadap HTK adalah sama seperti apa yang dirasai oleh peminat-peminat A.N.Jell terhadap HTKShin Woo cuba meyakinkan GMN bahawa seandainya HTK mengetahui tentang perasaannya itu, HTK akan hanya menganggap GMN sama seperti peminat-peminatnya yang lain

Adegan sewaktu majlis meraikan terjalinnya hubungan antara HTK-YHY di rumah perkongsian ahli-ahli A.N.Jell:

  • GMN dengan berat hati terpaksa turut-serta dalam majlis tersebut sebagai tanda sokongan
  • Reaksi semua orang, terutama Jeremy, apabila HTK langsung tidak kelihatan gembira dengan majlis yang diadakan untuknya itu
  • Setelah kembali ke bilik, HTK meluahkan rasa sebal dihatinya apabila melihat GMN sendiri turut terlibat dalam majlis tersebut
  • Ekspresi Jeremy dan ibu saudara GMN apabila Pengurus Ma mengatakan yang GMN telah dipergunakan oleh YHY untuk menutup hubungannya dengan HTK
Jeremy berusaha untuk menghiburkan hati GMN dengan menghadiahkan GMN sebuah novel kegemarannya sedangkan pada waktu itu dia sebenarnya sedang menahan kesedihan kerana menyangka GMN menaruh perasaan terhadap YHY

Adegan antara HTK dengan GMN apabila HTK terjumpa GMN sedang tidur di bawah piano di sebuah bilik latihan (setelah puas mencarinya di serata rumah):

  • HTK cuba mengejutkan GMN bangun dengan memijak kaki GMN
  • HTK menyuruh GMN keluar dari bawah piano tetapi GMN enggan
  • HTK hilang sabar lalu dia menarik kaki GMN
  • GMN pula sedaya-upaya bertahan dengan berpaut pada kaki piano
  • HTK tiada cara lain untuk ‘mengeluarkan’ GMN dari tempat tersebut kecuali dengan menghentam kekunci piano
  • Meskipun terpaksa menutup telinga kerana bunyi piano membingitkan telinganya, GMN masih tetap berkeras tidak mahu keluar
  • GMN ‘merajuk’ kerana HTK enggan menerimanya sebagai peminat
  • HTK memainkan lagu ciptaannya (yang sepatutnya dinyanyikan oleh GMN) sebagai usaha untuk cuba ‘memujuk’ GMN keluar dari bawah piano
  • Setelah selesai memainkan lagu tersebut, HTK mendapati GMN telahpun tertidur semula

Reaksi Pengurus Ma apabila GMN menghadapi kesukaran sewaktu rakaman lagu 말도 없이 (Maldo Eopshi / Without A Word) ciptaan HTK GMN gagal menghayati lagu tersebut dengan baik

Adegan sewaktu A.N.Jell menghadiri majlis pelancaran filem ‘Sweet Kiss’, filem terbaru YHY:

  • YHY tersenyum gembira apabila HTK muncul bersama-sama ahli A.N.Jell yang lain ke majlisnya itu, sedangkan HTK, GMN serta Shin Woo menunjukkan ekspresi yang berlainan sekali
  • Jeremy terlopong sewaktu wartawan bertanya kepada HTK adakah dia berasa cemburu apabila YHY terpaksa berciuman dengan pelakon lelaki utama di dalam filem lakonannya itu
  • Reaksi YHY yang marah apabila HTK dengan selamba berkata kepada wartawan yang dia tidak cemburu langsung melihat YHY berciuman dengan lelaki lain
  • HTK berasa cemuh apabila sekali lagi terpaksa menuruti kemahuan YHY – sepanjang minggu tersebut, HTK dipaksa menghadiri pelbagai sesi temuramah bagi ‘mendedahkan hubungan mereka’ kepada umum

HTK tidak senang duduk apabila mendapat tahu menerusi Pengurus Ma yang GMN terpaksa pulang ke kampung halamannya pada hari itu

Adegan Shin Woo menggosok kepala GMN untuk memberi semangat dan dorongan kepada GMN yang cemas kerana pertama kali pulang ke kampung halaman sejak kematian bapanya

Reaksi YHY apabila mendapati HTK telah menghilangkan diri – HTK sepatutnya menemani YHY ke sebuah parti yang diadakan bagi meraikan penayangan filem ‘Sweet Kiss’

  • Apabila kereta HTK muncul, YHY menyangka HTK yang memandu kereta berkenaan, tetapi terkejut apabila mendapati lelaki di dalam kereta itu bukanlah HTK tetapi sebaliknya adalah Pengurus Ma
  • YHY cuba mengawal amarahnya dan terpaksa berpura-pura senyum meskipun dia sebenarnya menyampah dengan Pengurus Ma

Adegan sewaktu HTK dan GMN dalam perjalanan ke kampung halaman GMN:

  • HTK memberitahu GMN yang dia terpaksa menggantikan tempat Pengurus  Ma menghantar GMN pulang kerana kononnya dalam tempoh 2 hari itu, dia terpaksa membantu melatih GMN menghayati lagu ciptaannya
  • GMN berasa serba-salah kerana menyangka dirinya telah banyak menyusahkan HTK
  • GMN bertambah tersinggung apabila mulut HTK tiba-tiba meluahkan perkataan ‘menyusahkan’, sedangkan HTK sebenarnya merujuk kepada YHY yang tidak henti-henti menelefonnya – GMN menyangka perkataan itu ditujukan kepadanya
  • Sewaktu mereka berhenti rehat, baju HTK habis comot kerana air minuman yang dibeli oleh GMN terpercik ke bajunya
  • HTK terpaksa bersalin pakaian dan satu-satunya pakaian yang ada adalah milik Pengurus Ma (kerana mereka menaiki kereta Pengurus Ma)
  • GMN terpaksa menahan ketawa melihatkan HTK yang janggal berpakaian itu – disebabkan Pengurus Ma lebih rendah daripada HTK, maka seluarnya juga agak pendek apabila dipakai oleh HTK

Reaksi penduduk kampung apabila GMN dan HTK yang kononnya penyanyi tersohor muncul dengan kereta kecil serta berpakaian biasa – langsung tidak menampakkan ciri-ciri artis terkenal sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh ibu saudara GMN

Adegan sewaktu di tanah perkuburan bapa GMN yang terletak di atas sebuah bukit (pada hari ulangtahun kematian bapa GMN):

  • Mo Hwa Ran tiba-tiba muncul di perkuburan bapa GMN –  dia ingin ‘memberitahu’ bapa GMN yang dia bakal menyanyikan semula lagu yang pernah dicipta oleh bapa GMN buatnya
  • Sewaktu sedang menaiki bukit menuju ke kubur bapanya, GMN berpapasan dengan seorang wanita yang dalam perjalanan turun dari bukit tersebut
  • Apabila GMN tiba di kubur bapanya, dia mendapati kubur tersebut telah siap dibersihkan dan terdapat sejambak bunga kekwa putih yang masih segar di pusara tersebut
  • GMN cuba mengejar wanita berkenaan kerana hatinya kuat mengatakan yang wanita tersebut mempunyai kaitan dengan bapanya, namun dia gagal kerana kereta wanita tersebut meluncur pergi dengan lajunya sebaik sahaja dia tiba di kaki bukit berkenaan
  • GMN ternyata begitu kecewa kerana tidak sempat bertemu-muka dengan wanita tersebut – dia tidak tahu yang wanita tersebut adalah Mo Hwa Ran, ibu kandung HTK

Adegan HTK dikejar oleh seekor babi sewaktu dia sedang bersiar-siar di sebuah padang sementara menunggu GMN yang pergi melawat kubur bapanya:

  • Sewaktu sedang asyik mendengar lagu sambil menghirup udara nyaman, dia ternampak seorang lelaki tua sedang melambai-lambai ke arahnya
  • HTK menyangka lelaki tersebut sedang menyapanya, namun alangkah terkejutnya HTK apabila akhirnya menyedari bahawa seekor babi sedang berlari dengan laju menuju ke arahnya
  • HTK yang ketakutan itu berlari sambil menjerit sekuat-kuat hatinya apabila mendapati babi tersebut mengejarnya

Pelbagai imaginasi timbul di fikiran GMN disebabkan terlalu bimbang apabila mendapat tahu HTK hilang sejak dikejar seekor babi:

  • GMN mula membayangkan yang TV heboh menyiarkan berita kehilangan HTK itu dan operasi besar-besaran diadakan untuk mencarinya
  • YHY jatuh sakit kerana terlalu sedih disebabkan kehilangan HTK
  • Semua orang di pejabat pengurusan A.N.Jell termasuk Jeremy serta Shin Woo bingung memikirkan tentang HTK
  • Peminat-peminat HTK berkumpul untuk meratapi kehilangan HTK itu
  • Presiden Ahn nekad tidak akan makan daging babi lagi selagi HTK masih belum ditemui

Adegan GMN mencari HTK di sebuah bukit setelah membawa beberapa peralatan bersama:

  • Dalam usahanya untuk menjejaki HTK, GMN berpandukan pemahamannya terhadap cara HTK berfikir dan bertindak-balas dalam sesuatu situasi:
    • HTK yang rabun malam tidak suka kepada kegelapan – oleh itu GMN pasti yang HTK akan memilih laluan yang lebih terang sewaktu melarikan diri
    • HTK yang sangat mementingkan persekitaran yang kemas itu tidak suka kepada benda yang bersepah – oleh itu GMN pasti yang HTK akan mengelak daripada melalui laluan yang mempunyai longgokan sampah
    • HTK yang sangat mementingkan kebersihan itu tidak akan membiarkan sahaja kasutnya kotor akibat terpijak najis – oleh itu GMN pasti yang HTK akan mencari anak sungai ataupun sebarang sumber air bagi membolehkannya membersihkan kasut yang kotor itu
  • Apabila tiba di sebuah anak sungai, GMN menjerit-jerit memanggil nama HTK dan terkejut apabila jeritannya disahut HTK
  • HTK rupa-rupanya sedang ‘berehat’ di tepi anak sungai itu dan kehairanan melihatkan GMN yang cemas itu
  • GMN pula begitu gembira kerana berjaya menemui HTK
  • HTK berasa tidak senang hati apabila GMN memberitahu yang insiden dia dikejar babi telah heboh serata kampung
  • HTK terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan GMN terhadapnya – bukan setakat datang mencarinya, GMN turut membawa ‘peralatan kecemasan’ seperti air minuman, makanan, pakaian tambahan, tuala serta ubat-ubatan yang dirasakan mungkin diperlukan oleh HTK.
Adegan sewaktu HTK serta GMN berusaha untuk turun dari bukit dan keluar dari hutan tersebut:
  • Oleh kerana hari telah gelap, HTK yang rabun malam itu menghadapi kesukaran untuk bergerak
  • HTK cemas apabila terdengar bunyi-bunyian yang pelik sepanjang perjalanan itu – terutama apabila terdengar seakan-akan bunyi kelibat arnab
  • HTK memberitahu dia tidak sukakan arnab kerana dia pernah digigit arnab sewaktu kecil – sambil memerhatikan jarinya (mungkin jari itulah pada suatu masa dahulu menjadi mangsa gigitan arnab!)
  • GMN tidak begitu teruja apabila HTK menganggapnya sama seperti seekor arnab – pada dasarnya kelihatan baik dan comel, tetapi berbahaya apabila didekati
  • Apabila mengetahui tentang kelemahan HTK yang takutkan arnab itu, GMN sengaja menakut-nakutkan HTK:

    • Sambil berjalan, GMN menyanyikan lagu kanak-kanak berkenaan arnab hutan – meskipun disuruh berhenti menyanyikan lagu tersebut, dia tetap terus menyanyi
    • GMN bergurau kononnya terdapat arnab di situ dan menyebabkan HTK melompat ketakutan

Adegan sewaktu HTK dan GMN berhenti rehat kerana lampu suluh yang dibawa kehabisan bateri:

  • Sambil merenung-renung langit yang dipenuhi bintang itu, GMN mula membuat perbandingan antara bulan dengan dirinya – sebagaimana bulan bergantung kepada matahari (bintang) untuk bersinar, begitu jugalah dia bergantung kepada HTK untuk meneruskan hidupnya
  • Hati GMN tersentuh apabila HTK mengatakan yang baginya kewujudan bulan bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana meskipun terdapat banyak bintang di langit, hanya bulan sahaja yang dapat dilihatnnya (kerana dia rabun malam!)
  • GMN mula menyedari betapa dalamnya perasaannya terhadap HTK – dia bukan sekadar meminati, tetapi sebenarnya dia telah mula jatuh hati terhadap HTK
  • GMN berasa serba-salah untuk menyintai HTK kerana dia menyangka hati HTK telahpun dimiliki – tanpa sedar, air matanya mengalir
  • Tiba-tiba sahaja YHY muncul dengan keretanya
  • Sewaktu lampu kereta YHY menerangi tempat itu, HTK ternampak ada air bergenang di mata GMN, tetapi dia tidak mengerti kenapa gadis itu menangis

Adegan di rumah ibu saudara GMN sewaktu HTK sedang bersiap-siap untuk kembali ke Seoul:

  • YHY yang cemburukan keakraban HTKGMN itu memberi ‘nasihat’ kepada GMN agar tidak terlalu HTK menyusahkan HTK dengan urusan-urusan peribadinya
  • YHY juga merungut yang HTK tidak mempunyai masa untuk bersama dengannya disebabkan oleh GMN dan meminta agar GMN tidak terlalu akrab dengan HTK
  • Oleh kerana tidak mahu terus menyusahkan HTK, GMN menolak untuk ikut serta kembali ke Seoul pada malam itu meskipun diajak oleh HTK untuk pulang bersama-samanya

Reaksi penduduk kampungsewaktu HTK serta YHY ingin bertolak pulang ke Seoul – penduduk kampung masih menganggap mereka sebagai artis biasa

Ekspresi GMN yang resah sejak kepulangan HTK ke Seoul – dia cuba untuk melupakan HTK, namun dia asyik teringatkan HTK sepanjang hari

Ekspresi HTK yang serba-salah apabila Jeremy mula bertanyakan padanya tentang GMN yang masih juga belum kembali ke Seoul meskipun telah tiga hari berlalu

Respon GMN sewaktu ibu saudaranya tiba-tiba muncul dan mengatakan seseorang telah datang dari Seoul untuk menjemputnya pulang

Ekspresi GMN yang kecewa apabila mendapati bukan HTK yang datang untuk menjemputnya pulang, tetapi sebaliknya adalah Shin Woo

Ekspresi HTK apabila Jeremy memberitahunya yang GMN telah kembali ke Seoul setelah dijemput oleh Shin Woo dan kini sedang berada di studio rakaman untuk merakamkan lagu ciptaan HTK itu

Ekspresi GMN sebaik sahaja HTK melangkah masuk ke dalam studio rakaman

GMN menyanyikan lagu dengan penuh penghayatan – matanya tepat memandang ke arah HTK, seolah-olah setiap bait lagu itu ditujukan buat HTK

Ekspresi HTK yang keliru dengan ‘penampilan’ GMN kali ini – dia merenung tajam ke arah GMN yang dilihatnya berlainan daripada biasa

Ekspresi Jeremy yang terpegun melihatkan GMN yang bernyanyi dengan penuh perasaan

Ekspresi Shin Woo yang menyedari bahawa GMN sebenarnya sedang meluahkan perasaan yang terbuku di dadanya terhadap HTK

Ekspresi HTK yang kehairanan apabila GMN tiba-tiba meluru keluar daripada studio sebaik sahaja rakaman selesai

Adegan antara Shin Woo dengan GMN di luar studio, sambil diperhatikan oleh HTK dari jauh:

  • GMN berasa tertekan kerana dia rasa dia tidak mampu lagi untuk membendung perasaannya terhadap HTK
  • Shin Woo berjanji akan melindungi GMN agar tidak ada sesiapapun yang tahu tentang rahsia GMN itu
  • Menyedari yang perbuatan mereka diperhatikan oleh HTK, Shin Woo sengaja menarik GMN yang sedang menangis itu ke dalam pelukannya

Adegan Paling Diminati

Sewaktu GMN sedang bersiap-sedia untuk merakamkan lagu, dia terpegun sebaik sahaja melihat HTK melangkah masuk ke studio tersebut. Mungkin kerana sepanjang 3 hari tersebut dia terpaksa mengekang keinginannya untuk berjumpa HTK, maka, hatinya tersentuh sebaik sahaja ternampak kelibat HTK. Malah, lirik lagu yang cuba dirakam itu juga selari dengan gelojak perasaan yang dirasainya saat itu. Kerana itulah, dia berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik. Bukan mereka-mereka yang ada di dalam studio rakaman itu sahaja yang terpegun dengan nyanyian GMN itu, malah penonton-penonton drama ini pastinya tersentuh dengan luahan serta rintihan hati GMN yang disampaikan menerusi lagu tersebut. Satu persembahan yang cukup berkesan di hati!

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Saturday, 20 March 2010, in K-Drama, Plot Drama and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s