Sinopsis Episod 7: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
| Info |
| Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik || Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Sinopsis: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod | 1 || 2 | | 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 7

Hanya lakonan?

Tindakan Hwang Tae Kyeong (HTK) mencium Yoo He Yi (YHY) di hadapan wartawan benar-benar mengejutkan ramai pihak. Namun, mereka tidak mengetahui bahawa semua itu hanyalah lakonan HTK untuk menghalang YHY daripada membocorkan rahsia Go Mi Nam (GMN). Malah, tidak ada sesiapa yang mengetahui, selain HTK dan YHY, bahawa insiden itu sebenarnya langsung tidak pernah berlaku. Ini kerana, HTK hanya berpura-pura, menunjukkan lagak seolah-olah mereka sedang berciuman.

Di antara mereka-mereka yang terkejut menyaksikan adegan itu pastinya adalah GMN. Dia tidak mengetahui bahawa tindakan HTK itu adalah semata-mata untuk melindungi dirinya. Shin Woo yang kebetulan ada di situ, segera menarik GMN keluar daripada tempat itu kerana tidak mahu GMN terus menyaksikan insiden yang ternyata melukakan hati GMN itu.

Peminat-peminat A.N.Jell menangis setelah mendapat tahu tentang hubungan HTK-YHY

Shin Woo sebenarnya tahu yang GMN telah mula menaruh hati terhadap HTK. Oleh kerana dia juga sukakan GMN, Shin Woo cuba untuk meyakinkan GMN bahawa apa yang dirasai oleh GMN terhadap HTK adalah sama seperti apa yang dirasai oleh peminat-peminat A.N.Jell terhadap HTK. Malah, dia cuba meyakinkan GMN bahawa seandainya HTK mengetahui tentang perasaan GMN itu, HTK akan hanya menganggap GMN sama seperti peminat-peminatnya yang lain.

Ini membuatkan GMN benar-benar keliru. Dia cuba untuk menidakkan perasaan yang timbul itu dengan menganggap dirinya hanyalah sebagai salah-seorang daripada peminat HTK. Meskipun terluka, dia turut sama dalam majlis kecil yang diadakan di rumah mereka bagi meraikan terjalinnya hubungan antara HTK-YHY itu bersama-sama ahli A.N.Jell yang lain. Dia tidak tahu yang tindakannya itu membuatkan HTK tidak senang duduk.

Jeremy serta ibu saudara GMN menyangka GMN bersedih kerana dipermainkan oleh YHY

Jeremy pula menyangkakan yang GMN sedang bersedih kerana perasaannya dipermainkan oleh YHY. Dia berusaha untuk menghiburkan hati GMN meskipun hatinya sendiri merasa kurang senang kerana menyangka GMN menaruh perasaan terhadap YHY (Jeremy masih belum tahu yang bahawa GMN sebenarnya adalah seorang perempuan!). Dia tidak tahu yang GMN sebenarnya bersedih disebabkan oleh HTK. Untuk menghiburkan GMN, dia menghadiahkan GMN sebuah novel kegemarannya.

Sementara itu, HTK tercari-cari GMN kerana hari sudah jauh malam tetapi GMN masih juga belum kembali ke bilik. Setelah puas mencari, dia akhirnya terjumpa GMN sedang tidur di bawah piano di sebuah bilik latihan sambil tangannya memegang sebuah novel. GMN sebenarnya tertidur sewaktu sedang membaca novel pemberian Jeremy.

Sebaik terjaga akibat dikejutkan oleh HTK secara kasar, GMN masih enggan keluar dari bawah piano tersebut meskipun disuruh oleh HTK. GMN sebenarnya keliru dengan perasaannya terhadap HTK dan dia dengan caranya yang tersendiri cuba untuk menyelami hatinya sendiri dengan ‘bersembunyi’ di bawah piano tersebut. Selagi dia masih belum menemui jawapannya, selagi itu GMN enggan keluar daripada bawah piano tersebut.

GMN enggan keluar lalu ditarik kakinya oleh HTK

Ini menyebabkan HTK hilang sabar. Dia cuba menarik GMN keluar tetapi GMN sedaya-upaya bertahan dengan berpaut pada kaki piano. Maka, HTK tiada cara lain untuk ‘mengeluarkan’ GMN dari tempat tersebut kecuali dengan menghentam kekunci piano itu. Namun GMN, meskipun telinganya bingit, masih tetap berkeras.

Apabila HTK memberitahunya yang dia enggan menerima GMN sebagai peminat, GMN merasa sedikit tertekan. Bagi GMN, dia ingin menganggap dirinya sebagai salah-seorang peminat HTK. Oleh itu, sebagaimana peminat-peminat HTK yang lain, dia tidak akan merasa bersalah kerana berasa sedih apabila HTK menjalinkan hubungan dengan YHY. Malah, selaku peminat, dia dapat mengucapkan tahniah kepada HTK di atas hubungan yang baru terjalin itu.

HTK sebenarnya enggan menerima GMN sebagai peminat bukanlah kerana tidak menghargai GMN tetapi kerana dia ingin menganggap GMN sebagai seorang yang istimewa yang bakal menyanyikan lagu ciptaannya. Namun, GMN gagal memahami maksud tersirat di sebalik kata-kata HTK itu. Sebaik sahaja HTK memainkan lagu yang diciptanya, GMN segera menyedari bahawa lagu tersebut adalah lagu yang pernah didengarinya sewaktu pemain MP3 HTK jatuh ke tangannya ketika mereka bertembung di lapangan terbang suatu ketika dahulu. Lagu tersebutlah yang telah mengubah hidup GMN dan menyebabkan GMN ‘terperangkap’ di tempat dia berada sekarang ini.

GMN menghadapi kesukaran dalam menghayati lagu 말도 없이 (Maldo Eopshi)

Sewaktu menjalani latihan untuk rakaman lagu 말도 없이 (Maldo Eopshi / Without A Word) ciptaan HTK itu, GMN berhadapan dengan cabaran yang besar. Mungkin kerana dia tidak pernah jatuh cinta sebelum ini dan tidak pernah mengalami bagaimana pahit rasanya apabila terlalu merindui seseorang, sebagaimana yang cuba disampaikan oleh lagu tersebut, GMN gagal untuk menghayatinya dengan baik. Kerana mengetahui yang GMN tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta sebelum ini, Pengurus Ma cuba untuk membantu GMN menghayati lagu tersebut dengan memintanya membayangkan kerinduan terhadap bapa kandung yang telah meninggal dunia. Kebetulan pula, ulangtahun kematian bapa GMN bakal menjelma. Oleh itu, Pengurus Ma berharap, GMN akan dapat menyelami perasaan itu sewaktu dia melawat kubur bapanya buat pertama kali itu nanti.

Secara kebetulan juga, ulangtahun kematian bapa GMN jatuh pada hari yang sama majlis pelancaran filem terbaru YHY diadakan. Oleh itu, GMN terpaksa ‘menghilangkan diri’ untuk pulang ke kampung halamannya selepas muncul bersama-sama A.N.Jell buat seketika di hadapan media. HTK yang mendapat tahu tentang hal itu menerusi Pengurus Ma menawarkan diri untuk menghantar GMN. Selain daripada mula mengambil berat tentang hal GMN, HTK sebenarnya ingin mengelakkan diri daripada YHY. Dia sudah bosan kerana telah terlalu kerap terpaksa memenuhi ‘permintaan’ YHY, atau sebenarnya lebih kepada paksaan itu. Sepanjang minggu tersebut, tidak cukup dengan sidang media serta temuramah yang perlu dihadiri bagi ‘mendedahkan hubungan mereka’ kepada umum, HTK terpaksa pula menghadirkan diri bersama-sama ahli A.N.Jell yang lain ke majlis pelancaran filem terbaru YHY semata-mata kerana hendak mengekang YHY daripada membocorkan rahsia GMN.

HTK marah bajunya comot akibat GMN sewaktu dalam perjalanan ke kampung halaman GMN

Sewaktu dalam perjalanan ke kampung halaman GMN, YHY yang menyedari HTK telah meninggalkannya itu, segera menelefon HTK. Terganggu dek panggilan yang bertalu-talu itu, terlucut dari mulut HTK perkataan ‘menyusahkan’. Menyangkakan yang kata-kata itu ditujukan kepadanya, GMN ternyata sedikit tersinggung. Dia merasa tidak senang kerana menyangkakan dirinya telah banyak menyusahkan hidup HTK. GMN langsung tidak menyangka yang kepulangannya ke kampung halaman buat pertama kali sejak kematian bapanya itu bakal merubah kehidupannya.

Sewaktu di kampung halamannya, pelbagai peristiwa yang terjadi. Bermula dengan pertemuan tidak sengaja dengan seorang wanita sewaktu dia melawat kubur bapanya. Kerana mereka hanya berpapasan, GMN tidak sempat mengecam wajah wanita tersebut. Apabila dia cuba mengejar, kereta wanita tersebut meluncur pergi dengan lajunya. GMN ternyata begitu kecewa kerana tidak sempat bertemu-muka dengan wanita tersebut, kerana hatinya kuat mengatakan yang wanita tersebut adalah ibunya, atau sekurang-kurangnya kenalan lama bapa yang mungkin tahu tentang siapa ibunya.

Mo Hwa Ran tiba-tiba muncul di perkuburan bapa GMN tetapi GMN tidak sempat bertemu dengannya

Sebenarnya, wanita tersebut adalah ibu HTK sendiri. Mo Hwa Ran datang melawat kubur bapa GMN kerana ingin ‘memberitahu’ yang dia bakal menyanyikan semula lagu yang pernah dicipta oleh bapa GMN buatnya. Daripada tindakannya itu, jelas sekali yang mendiang bapa GMN mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Mo Hwa Ran.

Sementara itu, GMN mendapati HTK telah hilang. Apabila sampai ke telinganya yang HTK dikejar oleh seekor babi sewaktu berada di sebuah padang, GMN menjadi risau. Dia segera pergi mencari HTK di dalam hutan setelah membawa beberapa peralatan bersama.

HTK berlari ketakutan kerana dikejar seekor babi

Setelah puas mencari dengan berpandukan cara HTK berfikir, GMN akhirnya berjaya menemui HTK di tepi sungai. HTK yang tersesat itu, ternyata terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan GMN terhadapnya. Bukan setakat datang mencarinya, GMN siap membawa ‘peralatan kecemasan’ seperti air minuman, pakaian tambahan, tuala, serta ubat-ubatan seandainya sesuatu yang buruk berlaku dan HTK memerlukannya. Dia juga turut membawa bekalan makanan kerana bimbang HTK akan kelaparan.

HTK teringatkan peristiwa di mana jarinya pernah digigit arnab!

Dalam perjalanan pulang, hari pun malam. HTK yang rabun malam itu menghadapi kesukaran untuk bergerak. Dia yang masih trauma kerana teringatkan peristiwa dikejar babi pada siang harinya, menjadi cemas apabila terdengar bunyi-bunyian yang pelik sepanjang perjalanan itu. HTK yang fobia dengan arnab kerana sewaktu kecil jarinya pernah digigit haiwan comel itu, menjadi semakin cemas apabila terdengar seakan-akan bunyi kelibat arnab. Menyedari kelemahan HTK itu, GMN sengaja menakut-nakutkan HTK dengan menyanyikan lagu kanak-kanak berkenaan arnab hutan. Ini menyebabkan HTK bertambah cemas kerana risau seandainya arnab benar-benar muncul di hadapannya disebabkan nyanyian GMN itu. Sewaktu adegan inilah, idea untuk ‘nickname돼지토끼 (Dwae-ji-to-kki / ‘Pig-rabbit‘ / Arnab ‘Cik Babe’) mula-mula timbul; HTK menganggap GMN seperti seekor arnab – kelihatan baik dan comel tetapi berbahaya apabila didekati.

Mereka akhirnya terpaksa berhenti rehat kerana lampu suluh yang dibawa GMN kehabisan bateri. Sambil merenung-renung langit yang dipenuhi bintang itu, GMN secara tidak sengaja meluahkan perasaannya terhadap HTK. Bagi GMN, HTK adalah ibarat bintang di langit dan dirinya adalah ibarat bulan yang lemah, yang membutuhkan cahaya daripada bintang tersebut untuk membolehkannya bersinar di malam hari. Hati GMN tersentuh apabila HTK mengatakan yang baginya kewujudan bulan bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana meskipun terdapat banyak bintang di langit, hanya bulan sahaja yang dapat dilihatnnya.

GMN secara simbolik meluahkan perasaannya terhadap HTK

Pada detik itulah, GMN mula menyedari bahawa dia bukannya sekadar menaruh perasaan minat terhadap HTK sebagaimana peminat-peminat A.N.Jell yang lain, tetapi perasaan yang dialaminya itu jauh lebih mendalam. Baginya, meskipun terdapat banyak bintang yang berkelipan di langit, hanya satu yang istimewa, yang bersinar terang di matanya. Dan, bintang tersebut tentunya adalah HTK. Namun, GMN berasa serba-salah. Adakah dia bersalah seandainya dia ingin menjadi salah-seorang yang meminati bintang yang disukai ramai itu? Dan, bolehkah dia terus menyukai bintang tersebut? Tanpa sedar, air matanya mengalir.

Perbualan mereka terganggu apabila YHY tiba-tiba muncul dengan keretanya. YHY yang berasa cemburu dengan keakraban HTKGMN itu menggunakan kedudukannya sebagai kekasih HTK untuk memberi ‘nasihat’ kepada GMN agar tidak terlalu HTK menyusahkan HTK dengan urusan-urusan peribadinya. YHY juga merungut yang HTK tidak mempunyai masa untuk bersama dengannya disebabkan oleh GMN.

Termakan dengan kata-kata itu kerana menyangka HTK dan YHY sedang benar-benar bercinta, GMN menolak untuk ikut serta kembali ke Seoul pada malam itu. Tambahan pula, YHY menunjukkan memek muka kurang puas hati apabila HTK cuba mengajak GMN untuk pulang bersama-samanya. Meskipun sebenarnya dia ingin menerima ajakan HTK itu, GMN sedar yang adalah mustahil untuk dia dapat memiliki hati HTK kerana HTK sudahpun mempunyai kekasih.

Meskipun cuba untuk melupakan HTK, namun GMN asyik teringatkannya

Kepulangan HTK pada malam itu benar-benar membuatkan GMN resah-gelisah. Meskipun telah tiga hari berlalu, GMN tidak juga-juga kembali ke Seoul. Dalam tempoh itu, dia sebenarnya sering teringatkan HTK tetapi dia telah bernekad tidak ingin kembali ke Seoul selagi tidak dapat melupakan perasaannya terhadap HTK. HTK juga sebenarnya tidak senang duduk disebabkan ketiadaan GMN. Malah, ahli-ahli A.N.Jell yang lain juga mula bertanyakan tentang GMN kepadanya.

Sewaktu GMN sedang resah memikirkan tentang HTK, tiba-tiba ibu saudaranya muncul dengan mengatakan seseorang telah datang dari Seoul. GMN begitu gembira sekali kerana menyangkakan yang HTK telah datang untuk menjemputnya pulang. Dia dengan gembira segera berlari ke tempat lelaki itu sedang menunggu. Apabila nama HTK disebutnya (Hyeong-nim), GMN terkejut apabila yang menoleh bukannya HTK tetapi adalah Shin Woo. Jelas sekali terbayang kekecewaan di wajahnya kerana bukan HTK yang datang untuk menjemputnya pulang.

GMN akhirnya setuju untuk kembali ke Seoul selepas dipujuk oleh Shin Woo

Shin Woo pula, meskipun menyedari hal itu, cuba untuk berlagak tenang. Dia cuba memujuk GMN untuk kembali ke Seoul bersama-samanya. Terharu dengan kebaikan Shin Woo itu, GMN berasa bersalah kerana tindakannya telah menyusahkan ramai pihak dan mengambil keputusan untuk kembali ke Seoul. Dia juga nekad untuk cuba bertahan dan mengawal perasaannya terhadap HTK sedaya-upaya mungkin. Kerana memahami perasaan GMN pada saat itu, Shin Woo bersetuju untuk tidak menambah-sulitkan keadaan dan membantu GMN sebagai seorang abang.

Apabila kembali ke Seoul, destinasi pertama yang dituju oleh GMN tentunya adalah ke studio rakaman. Dia ingin merakamkan lagu yang tertangguh disebabkan kepulangannya ke kampung halaman itu. Sewaktu sedang bersedia untuk proses rakaman, tiba-tiba sahaja HTK muncul. Mungkin kerana terlalu rindukan HTK, GMN berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Semua yang ada di situ benar-benar terpukau, termasuklah HTK. Setiap bait lagu yang dinyanyikan GMN itu dirasakan seolah-olah ditujukan kepadanya.

Shin Woo cuba menenangkan GMN yang berada dalam keadaan tertekan

Shin Woo yang berada di situ turut dapat merasakan yang bait-bait lagu itu sememangnya ditujukan buat HTK. Apabila GMN meluru keluar daripada studio sebaik sahaja rakaman selesai, Shin Woo tahu yang pada saat itu, GMN tidak dapat membendung lagi perasaannya terhadap HTK. Apabila GMN mengatakan yang dia bimbang perasaannya itu akan diketahui HTK, Shin Woo berjanji akan melindungi GMN agar tidak ada sesiapapun yang tahu tentang rahsia GMN itu. Shin Woo sebenarnya menyedari yang perbuatan mereka diperhatikan oleh HTK, jadi dia sengaja menarik GMN ke dalam pelukannya…


About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Thursday, 18 March 2010, in K-Drama, Sinopsis and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. tau lagu apa yang didengerin HTK sebelum di kejar babi ga ?

    • Tajuk Lagu: Breathless
      Penyanyi: Shayne Ward
      Album: Breathless (Single) 2007

      If our love was a fairytale
      I would charge in and rescue you
      On a yacht baby we would sail
      To an island where we’d say I do

      And if we had babies they would look like you
      It’d be so beautiful if that came true
      You don’t even know how very special you are

      Chorus:
      You leave me breathless
      You’re everything good in my life
      You leave me breathless
      I still can’t believe that you’re mine
      You just walked out of one of my dreams
      So beautiful you’re leaving me… breathless

      And if our love was a story book
      We would meet on the very first page
      The last chapter would be about
      How I’m thankful for the life we’ve made

      And if we had babies they would have your eyes
      I would fall deeper watching you give life
      You don’t even know how very special you are

      *Ulang Chorus

      You must have been sent from heaven to earth to change me
      You’re like an angel
      The thing that I feel is stronger than love believe me
      You’re something special
      I only hope that I’ll one day deserve what you’ve given me
      But all I can do is try
      Every day of my life

      *Ulang Chorus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s