Adegan Menarik Episod 6: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
| Info || Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik || Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Adegan Menarik: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 |10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 6

Senarai Adegan Menarik

Imaginasi liar Pengurus Ma yang terperanjat besar apabila mendapati GMN sedang tidur terbaring di atas HTK – dia membayangkan pelbagai kemungkinan yang telah terjadi pada mereka pada malam sebelumnya:

  • Kemungkinan pertama: HTK cuba menggoda GMN dan GMN terpaksa menembaknya dengan menggunakan pistol elektrik bagi melindungi diri
  • Kemungkinan kedua: GMN pula yang sebenarnya cuba menggoda HTK dan sengaja ‘menembak’ HTK untuk membuatkan HTK pengsan

Insiden HTK disentuh punggungnya sebanyak dua kali oleh ibu saudara GMN:

  • Kali pertama: Punggung HTK ditampar sewaktu ibu saudara GMN cuba mengejutkannya bangkit daripada tidur
  • Kali kedua: Punggung HTK dipicit sewaktu di meja makan ketika dia cuba memprotes tindakan ibu saudara GMN itu – semua yang lain yang sedang bersarapan pura-pura tidak menyedari apabila melihat mata HTK terbeliak kerana terkejut/marah

Reaksi dan ekspresi GMN yang termangu-mangu ketika cuba mengawal perasaannya yang berdebar-debar:

  • GMN menyangkakan yang ianya merupakan sebahagian daripada kesan sampingan akibat terkena tembakan pistol eletrik dan cuba mematuhi nasihat Pengurus Ma dengan meminum banyak air tetapi debaran itu tetap tidak berkurang

Ekspresi HTK apabila memikirkan tentang bagaimana dia boleh tidur dengan begitu lena meskipun terdapat GMN di bilik tidurnya

Ekspresi HTK sewaktu melihat GMN hampir-hampir terjatuh dari tangga dan makanan yang dipegangnya jatuh bertaburan, kemudian termenung memikirkan bagaimana kehidupan di rumah itu telah berubah sejak kemunculan GMN

Kemunculan Yoo He Yi (YHY) secara tiba-tiba di A.N.Entertainment, pejabat pengurusan A.N.Jell

Adegan YHY diejek HTK sewaktu YHY cuba memaksanya keluar dari studio latihan:

  • HTK tidak mengendahkan YHY yang memintanya membuka pintu studio yang terkunci dari dalam
  • YHY cuba mengugut HTK – dia menuliskan nota menyuruh HTK keluar daripada bilik tersebut, atau dia tidak akan membiarkan HTK begitu sahaja
  • HTK mengejek YHY kerana tersilap mengeja perkataan – YHY sepatutnya mengeja ‘너 가만안둬‘ (bermaksud ‘kamu tidak akan dibiarkan diam-diam/begitu sahaja’), tetapi tersilap eja ‘너 가만안둬‘ (bermaksud ‘kamu tidak akan/jangan tunggu’) –  jadi, maksudnya sudah jauh berbeza
  • YHY geram kerana diejek HTK lalu bertindak di luar kawalan (mengetuk-ngetuk cermin, mengoyakkan kertas dan menggaru-hgarukan kepala), tetapi kemudiannya menyedari perbuatannya dirakam CCTV

Kata-kata manja yang dibuat-buat ketika YHY cuba meminta untuk bergambar dengan GMN – dia sebenarnya ingin menakut-nakutkan GMN kerana dia telah tahu identiti sebenar GMN

YHY cemburu melihatkan GMN yang dilayan dengan begitu baik oleh semua orang – dia mula memikirkan rancangan untuk ‘menjatuhkan’ GMN

Adegan antara GMNJeremy sewaktu A.N.Jell dan Presiden Ahn serta Pengurus Ma makan tengahari di sebuah restoran:

  • GMN merasa kurang enak apabila dia terdengar perbualan antara HTK dengan Presiden Ahn mengenai YHY – dia menyangkakan yang HTK-YHY mempunyai hubungan istimewa
  • Jeremy hairan melihatkan GMN yang kelihatan termangu-mangu
  • Reaksi Jeremy apabila GMN bertanya sama ada dia juga menyukai perempuan cantik (sepertimana HTK yang disangkanya menyukai YHY) – pada mulanya terkedu, tetapi kemudian lekas-lekas mengatakan bahawa dia MEMANG menyukai perempuan cantik untuk mengelakkan perasaannya diketahui GMN
  • Kerana cemas, Jeremy tersasul apabila mengatakan yang dia tidak mungkin menyukai ‘lelaki’ seperti GMN
  • Untuk menyembunyikan rasa malu, Jeremy ‘merampas’ semula makanan yang diambilnya yang sebelum ini diserahkan kepada GMN

Adegan Wartawan Kim ketika sedang cuba mengorek rahsia tentang identiti sebenar wanita misteri yang dilihat bersama-sama HTK pada malam konsert – Wartawan Kim cuba mendapatkan maklumat daripada sekumpulan peminat A.N.Jell yang sering berhimpun di luar pejabat A.N.Entertainment

Presiden Ahn mengumumkan yang setiap ahli A.N.Jell akan diminta untuk merakamkan ‘single‘ masing-masing dan orang yang mula-mula sekali perlu merakamkan ‘single‘nya adalah GMN sendiri memandangkan dia adalah ahli baru

Adegan GMN dan Pengurus Ma terpaksa merayu kepada HTK buat kesekian kalinya agar terus merahsiakan identiti sebenar GMN serta membenarkan lagu ciptaan HTK dinyanyikan oleh GMN

Shin Woo memberikan kata-kata semangat kepada GMN yang berada dalam kekeliruan dan kebimbangan

Adegan HTK cuba menghalang GMN daripada pergi menemui Ketua Biarawati (Mother Superior) yang kebetulan berada di sebuah gereja di Myeong Dong (Seoul):

  • HTK menyangkakan yang GMN benar-benar ingin mengundurkan diri daripada kumpulan apabila Pengurus Ma memberitahunya GMN telah meninggalkan mereka
  • Sebaik sahaja terjumpa GMN di hentian bas, HTK segera memarahi GMN, merampas beg tangan dan kemudian menyuruh GMN memasuki keretanya
  • GMN yang terpinga-pinga dengan perbuatan HTK menyangka HTK datang untuk membawanya berjumpa Mother Superior
  • Apabila menyedari kesilapannya, HTK menunjukkan reaksi geram manakala Pengurus Ma pula menari-nari kegembiraan kerana HTK akhirnya telah menunjukkan yang dia juga boleh ‘berlembut’ dengan GMN

Pertemuan antara Presiden Ahn dengan Mo Hwa Ran, ibu HTK – meskipun Presiden Ahn menyatakan bahawa HTK terpaksa menolak tawaran untuk membantu dengan alasan sibuk, tetapi wanita tersebut tetap berkeras inginkan HTK membantunya menggubah semula  sebuah lagu lama bagi membolehkannya diterbitkan semula

Adegan HTK membelikan pin rambut buat GMN bagi menggantikan pin yang secara tidak langsung patah disebabkannya – HTK terpaksa membayar 100, 000 Won (lebih kurang US$100) untuk pin yang berharga cuma 3,000 Won (lebih kurang US$3)

Adegan di taman antara HTK-YHY apabila YHY mengancam akan mengirimkan gambar ‘kekasih’ misteri HTK kepada wartawan

  • YHY menyatakan kononnya kakitangannya berjaya merakan gambar wanita tersebut
  • YHY mengugut akan menyerahkannya kepada Wartawan Kim seandainya HTK enggan menemuinya
  • Menyedari dirinya tertipu, HTK mencampakkan sebelah kasut YHY ke dalam sungai, manakala sebelah lagi ditendangnya jauh ke dalam semak
  • YHY terpaksa berkaki ayam balik ke keretanya yang diparkir agak jauh dari taman, melalui sebuah gelanggang bola keranjang
  • Hidung YHY berdarah akibat terkena bola dan gambarnya dirakam oleh anak-anak muda yang sedang bermain di situ
  • HTK muncul menyelamatkan keadaan dan membawa YHY ke keretanya sementara menunggu pengurus YHY datang

GMN terkilan apabila dia menelefon HTK, setelah lama menunggu, panggilan itu dijawab oleh YHY dan YHY memberitahu GMN agar tidak menunggu HTK datang menjemputnya

Adegan di sebuah kawasan membeli-belah di Myeong Dong di mana Shin Woo membantu GMN membeli-belah secara diam-diam:

  • Menerusi telefon, Shin Woo ‘memberi tunjuk-ajar’ kepada GMN di mana untuk mencari tempat makan yang sedap serta kedai pakaian yang murah, tetapi dalam masa yang sama, dia mengekori dari belakang
  • Shin Woo memberitahu GMN di mana dia boleh mendapatkan mi 칼국수 (kalguksu) yang sedap, dalam diam membelikan ais krim (yang disangkakan percuma oleh GMN) serta membayar baki harga pakaian yang dibeli GMN (yang disangka dijual dengan harga teramat murah) – semuanya dengan niat agar GMN merasa seronok membeli-belah di situ

Selepas selesai membeli-belah, Shin Woo ingin berterus-terang kepada GMN yang dia tahu siapa GMN yang sebenarnya, tetapi hampir-hampir sahaja dapat berbuat demikian, GMN mendapat panggilan daripada GMN – langsung tidak menyedari bahawa Shin Woo pada waktu itu berada hanya beberapa meter sahaja di hadapannya.

Adegan di dalam kereta sewaktu HTK pin menghadiahkan pin rambut yang dibeli dengan harga 100,000 Won itu kepada GMN:

  • HTK tidak puas hati apabila mendapati GMN langsung tidak menyedari yang dia ada membelikan pin rambut buat GMN (sepatutnya pin tersebut mudah sahaja ditemui sewaktu GMN menyelongkar beg untuk bertukar pakaian)
  • HTK menyuruh GMN menyelongkar beg dengan lebih teliti
  • Apabila terjumpa, GMN menyangka pin tersebut adalah kepunyaan YHY kerana dia tahu YHY ada menaiki kereta HTK pada hari tersebut
  • HTK serba-salah, terpaksa memberitahu yang pin tersebut bukan kepunyaan YHY tetapi dibelikannya untuk GMN
  • GMN begitu gembira mendapat pemberian itu, tetapi merasa kekok kerana dengan dirinya yang sudah ‘bertukar’ menjadi lelaki itu, mana mungkin dapat dia mengenakan pin yang cantik itu di rambutnya
  • GMN tidak percaya apabila HTK menyatakan yang pin itu bernilai harga 100,000 Won sedangkan tanda harga di belakang jelas tertera harga sebenar – GMN menyangka HTK berbohong kerana egonya yang tinggi itu

YHY sekali lagi muncul di pejabat pengurusan – dia mahu HTK ‘bertanggung jawab’ atas gosip yang melanda mereka berikutan insiden di taman, tetapi HTK menolak

YHY mengancam untuk membocorkan rahsia kepada wartawan-wartawan yang telah sedia menunggu di tingkat bawah pejabat kerana mahukan penjelasan daripada pihak pengurusan A.N.Jell berkenaan gosip yang telah tersebar luas di Internet itu

HTK bertindak dengan caranya sendiri bagi melindungi GMN setelah mendapatkan pengesahan daripada GMN yang dia benar-benar ingin terus mengekalkan penyamarannya itu – meskipun tanpa disedarinya, tindakan itu membuatkan GMN terluka


Adegan Paling Diminati

Adegan di Myeong Dong apabila Shin Woo ‘menemani’ GMN membeli-belah di Myeong Dong selepas mendapati GMN ditinggalkan sendirian oleh HTK Shin Woo, yang terpaksa menyamar dengan berpakaian seperti seorang ‘nerd untuk mengelak dicam peminat, mengekori GMN ke beberapa buah kedai tetapi langsung tidak disedari oleh GMN yang terlalu asyik menikmati pengalaman membeli-belah itu

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Sunday, 7 March 2010, in K-Drama, Plot Drama and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s