Adegan Menarik Episod 5: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
| Info || Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik || Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Adegan Menarik: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod
1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 5

Senarai Adegan Menarik

GMN menangis kerana terkilan tidak dapat bertemu ibu kandungnya yang dikhabarkan telah meninggal dunia – air matanya masih lagi gugur sewaktu sedang disolek semula oleh Koordinator Wang

Ekspresi HTK apabila melihat GMN bertukar menjadi perempuan (disolek serta berpakaian seperti perempuan dengan rambut palsu panjang, dengan bantuan Koordinator Wang): HTK curi-curi pandang ke arah GMN kerana tidak percaya

Wartawan Kim terserempak dengan HTK di luar bilik persalinan Yoo He Yi (YHY), GMN yang berpakaian perempuan tiba-tiba keluar dari bilik tersebut

Koordinator Wang turut menyamar bagi ‘menyelamatkan’ GMN (dalam misi untuk mengeluarkan GMN daripada tempat tersebut agar ridak disedari oleh peminat mahupun wartawan)

Ekspresi YHY apabila terserempak dengan HTK dan Wartawan Kim: YHY terpinga-pinga kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku waktu itu

Wartawan Kim terpaksa menjungkitkan kakinya sewaktu bercakap dengan YHY yang tinggi lampai: Wartawan Kim ingin bertanya tentang hubungan YHY dengan HTK

Ekspresi Presiden Ahn apabila mendapat tahu GMN tidak dapat hadir untuk sidang media: Presiden Ahn terpaksa berpura-pura senyum di hadapan wartawan seolah-olah tiada apa yang berlaku

Ekspresi HTK, Shin Woo dan Jeremy sewaktu dan selepas sidang media: Semuanya serius memikirkan tentang apa yang baru sahaja berlaku

GMN mendapat pengesahan daripada ibu saudaranya tentang kematian ibunya

Aksi A.N.Jell sewaktu cuba menghiburkan GMN yang berada dalam kesedihan – mereka mengadakan parti kononnya sempena kejayaan persembahan pertama GMN:

  • Jeremy cuba berjenaka tetapi tiada yang ketawa dengan lawak
  • HTK tidak percaya apabila Jeremy memberitahu GMN yang dia ada menyimpan salinan video penglibatan A.N.Jell di dalam rancangan TV yang dirakam sewaktu awal kemunculan mereka dalam dunia hiburan – video itu menunjukkan ketiga-tiga mereka kaku ketika ditemuramah serta terpaksa melakukan aksi yang memalukan
  • Ekspresi dan respon HTK selepas mengetahui bahawa Jeremy tidak bergurau apabila mengatakan dia memiliki rakaman video yang memalukan itu dan ingin menunjukkannya kepada GMN
  • Gelagat HTK, GMN dan Jeremy HTK cuba menghalang GMN daripada menyaksikan rakaman video tersebut
  • Respon HTK setelah menyedari bahawa dia tidak mampu menghalang GMN daripada menyaksikan rakaman yang memalukan itu
  • Reaksi spontan GMN sewaktu menonton video tersebut
  • Adegan kejar-mengejar antara HTK dengan Jeremy GMN ketawa terbahak-bahak, tetapi kemudiannya bersembunyi di belakang Shin Woo kerana takutkan reaksi HTK terhadapnya

Wartawan Kim bertemu dengan Presiden Ahn untuk mengetahui lebih lanjut tentang hubungan HTK dengan YHY

Reaksi HTK apabila melihat GMN masih tergelak/mentertawakannya apabila terkenangkan tentang rakaman video yang memalukan itu

HTK memuncungkan mulut kerana tidak berpuas hati apabila GMN mengatakan bahawa dia ‘dahulu’ adalah yang paling kacak berbanding 2 ahli A.N.Jell yang lain, bukannya sekarang!

Reaksi HTK yang gelisah apabila GMN memberitahunya yang dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan A.N.Jell

Shin Woo secara terbuka memberitahu GMN agar menghulurkan tangan kepadanya seandainya GMN berada dalam kesusahan, sewaktu mereka sedang mengemas meja selepas selesai parti

  • Shin Woo meminta GMN menghulurkan tangan
  • GMN terkejut apabila Shin Woo tiba-tiba menarik tangannya
  • Shin Woo cepat-cepat ‘cover‘ dengan meletakkan pinggan ke atas tangan GMN

Adegan Jeremy memohon maaf kerana berprasangka buruk terhadap GMN selama ini

  • Jeremy memberitahu GMN yang dia menyangka GMN cuba menggoda Jolie, anjingnya
  • Jeremy tidak mahu berterus-terang yang dia sebenarnya menyangka GMN cuba menggoda HTK dan Shin Woo
  • Jeremy tersalah-sangka apabila GMN menyatakan yang dia sukakan Jeremy (sebagai kawan)

Reaksi Jeremy apabila GMN memeluknya dari belakang sewaktu cuba membantu Jeremy yang hampir-hampir terjatuh akibat tersadung

HTK menukarkan stail rambutnya kerana dia ingin menjadi yang Nombor 1 (paling kacak pada tanggapan GMN) – HTK merasa tercabar apabila GMN mengatakan yang dia dahulu adalah yang paling kacak di antara ahli-ahli A.N.Jell dan bukannya sekarang

Adegan di salon rambut antara HTK dengan YHY sewaktu HTK sedang menunggu Koordinator Wang selepas rambutnya selesai didandan

  • YHY yang tertidur menyangka HTK cuba mengapa-apakannya, sedangkan HTK hanya secara spontan cuba menyambut telefon bimbit YHY yang hampir terjatuh
  • YHY bertanyakan tentang gadis yang dilihat bersama-sama HTK pada malam persembahan – YHY mengatakan bahawa gambar gadis tersebut turut dirakam dan dihantar ke telefon bimbitnya
  • Ekspresi YHY yang tidak dapat mengambil semula telefon yang dirampas HTK kerana rambutnya tersangkut di mesin/alat ‘set’ rambut
  • YHY tidak menyedari gambar tersebut tealah dipadamkan oleh HTK kerana ‘terpesona’ dengan senyuman dan kata-kata manis HTK yang seakan-akan menggodanya

Reaksi spontan GMN sewaktu sedang menonton sebuah rancangan TV yang menonjolkan kaki seorang wanita (dia dan rakan-rakan sedang berehat selepas sesi tarian) – rakan-rakan lelakinya tertarik dengan kaki perempuan tersebut, GMN pula tertarik pada kasutnya dan secara spontan menyatakan keinginan untuk memakai kasut yang dianggapnya cantik itu

Jeremy hairan kerana GMN tidak tertarik kepada kaki perempuan, tetapi sebaliknya lebih tertarik kepada kasut yang dipakai oleh perempuan itu

  • Jeremy mengatakan yang GMN itu unik kerana lelaki biasanya berminat dengan kaki perempuan dan bukannya pada kasut
  • GMN tidak menyedari yang identiti sebenarnya hampir terdedah
  • Apabila Shin Woo bertanya adakah kasut tersebut begitu cantik, GMN secara spontan menjawab dia tertarik hanya kerana tidak pernah berpeluang untuk memakai kasut seperti itu sebelum ini
  • Apabila menyedari kesilapannya, GMN cuba untuk ‘cover‘, tetapi yang lain, kecuali Shin Woo, memandangnya dengan perasaan aneh

Reaksi HTK yang terpinga-pinga apabila Presiden Ahn menyuruhnya ‘mengawal imej’ kerana hubungannya dengan YHY

Reaksi Koordinator Wang apabila terdengar perbualan antara HTK dengan Presiden Ahn – dia yang pernah ternampak HTK berbual-bual dengan YHY di salon rambut menyangkakan yang HTK-YHY mempunyai hubungan istimewa

Presiden Ahn mengajak HTK untuk makan di sebuah restoran kerana ada sebuah projek khas untuk HTK – rupa-rupanya klien yang dimaksudkan adalah ibu HTK, Mo Hwa Ran

Adegan ketika Shin Woo mengajak GMN makan di sebuah restoran

  • Shin Woo sebenarnya ingin mengajak GMN keluar bersiar-siar dengannya di taman tema, sambil menghadiahkan kasut yang dibelinya kepada GMN
  • Shin Woo memberitahu GMN yang dia ingin memohon maaf daripada seseorang tetapi sebenarnya dia ingin meluahkan perasaannya pada GMN dan memberitahu GMN bahawa dia tahu GMN adalah seorang perempuan

Adegan HTK termakan udang gara-gara hidangan yang ditempah khas oleh ibunya

  • HTK yang mengalami alahan teruk pada makanan laut  mendapati hidangan yang dipesan ibunya adalah udang sebaik sahaja termakan
  • HTK terkenangkan kembali kisah zaman kecilnya di mana ibunya pernah memaksanya memakan udang kerana menyangka HTK seorang anak yang cerewet (si ibu tidak pernah tahu yang HTK alah kepada makanan laut)
  • Ketika si kecil terbatuk-batuk kerana mengalami alahan, si ibu menyuruhnya ke bilik air kerana malu dilihat orang
  • Di dalam episod inilah, diperlihatkan ‘kejahatan’ ibu HTK

GMN terserempak HTK di dalam tandas, mengekorinya keluar dari restoran tersebut, tetapi kedua-duanya tidak tahu jalan untuk pulang ke restoran berkenaan (sesat!)

  • Mereka berpusing-pusing di tempat yang sama beberapa kali sambil memakai cermin mata dan rambut palsu yang pada asalnya dibeli oleh Shin Woo untuk mengelakkan diri daripada dicam oleh orang ramai
  • HTK enggan mengaku yang mereka sebenarnya telah tersesat: Kerana ego, HTK enggan menaiki teksi, enggan bertanya arah daripada orang lain

Koordinator Wang terbocorkan rahsia GMN kepada YHY kerana menyangka YHY adalah teman wanita HTK

GMN terpesona dengan senyuman HTK: HTK buat kali pertama tersenyum manis kepada GMN, sebagai tanda berterima kasih atas perhatian yang diberikan oleh GMN terhadap dirinya

HTK hairan dengan perubahan sikap GMNGMN pula cuba mengubah topik perbualan dengan memberikan komen tentang rambut baru HTK, kononnya nampak ‘cool 

HTK tidak percaya dan bertanyakan GMN mengapa kali ini dia tidak menunjukkan ibu jarinya tanda bagus sebagaimana sebelumnya, jadi GMN lekas-lekas mengangkat kedua-dua ibu jarinya – tetapi, HTK kata GMN tidak ikhlas!

Shin Woo melayan GMN dengan dingin kerana terkilan ‘ditinggalkan’ oleh GMN, Jeremy pula kekok setiap kali bertembung dengan GMN – lantaran kejadian tempoh hari di mana dia dipeluk oleh GMN

Adegan Pengurus Ma dan GMN merayu agar HTK membenarkan GMN terus tinggal di situ

  • Ketika GMN bersiap-sedia untuk keluar dari rumah tersebut, ibu saudara GMN muncul
  • Pengurus Ma pula kelihatan takut-takut apabila HTK menjegilkan mata kepadanya, tanda protes
  • Apabila dirayu oleh HTK tidak kuasa menegah, atau sebenarnya dia keberatan untuk melepaskan GMN pergi

Adegan GMN diminta untuk memilih dengan siapa dia ingin berkongsi bilik kerana bilik GMN perlu dikosongkan agar boleh digunakan oleh ibu saudaranya:

  • Jeremy menolak kerana ‘takutkan’ GMN, Shin Woo menolak kerana masih merajuk dengan GMN, HTK pula menolak kerana sememangnya tidak mahu berkongsi bilik dengan sesiapa
  • GMN takut apabila HTK menerusi gerak bibirnya memberikan signal (Matilah kamu!) sebagai tanda menghalang GMN daripada memilih untuk berkongsi bilik dengannya
  • HTK yang terkejut apabila GMN akhirnya memilih untuk berkongsi bilik dengannya
  • GMN merayu kepada HTK agar ‘menyelamatkannya’ daripada terpaksa berkongsi rumah dengan Presiden Ahn apabila Presiden Ahn mencadangkan agar GMN menetap bersamanya setelah mendapati kesemua ahli A.N.Jell enggan berkongsi bilik dengan GMN
  • Ekspresi dan reaksi HTK yang terpaksa bersetuju membenarkan GMN tinggal di biliknya: HTK berkata sambil tergagap-gagap dan mengerling tajam ke arah GMN yang kelihatan gembira

Pengurus Ma memberikan sejenis alat (pistol eletrik) kepada GMN untuk melindungi diri

HTK menyindir GMN mengemas baju bukan untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut, tetapi untuk berpindah masuk ke biliknya

Adegan antara GMN dengan HTK pada malam pertama pada malam pertama GMN terpaksa bermalam di bilik HTK

  • Pergaduhan kecil berlaku antara HTKGMN: GMN disuruh tidur bersebelahan meja jauh dari katil HTK dan tidak dibenarkan menutup lampu
  • GMN tidak dapat tidur dalam keadaan cerah, bangun untuk menutup lampu
  • GMN ‘tertembak’ diri sendiri dengan pistol eletrik, pengsan dan terjatuh ke atas HTK

Adegan Paling Diminati

Adegan di restoran sewaktu HTK ‘menangis’ dan terkenangkan kembali kisah silam di mana dia pernah diherdik cerewet serta dipaksa untuk memakan udang yang dipesan oleh si ibu yang tidak tahu langsung tentang dirinya yang alah dengan makanan laut – Meskipun tiada air mata yang mengalir di pipinya, namun insiden itu ternyata begitu berbekas di hati HTK

Nota: Adegan ini sungguh menyedihkan dan membuatkan 花火 Hana-bi rasa begitu bersimpati terhadap HTK – betapa dia sebenarnya mendambakan kasih-sayang seorang ibu yang langsung tidak menunjukkan keprihatinan selaku seorang ibu


About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Friday, 12 February 2010, in K-Drama, Plot Drama and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s