Adegan Menarik Episod 4: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
| Info || Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik || Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Adegan Menarik: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 4

Senarai Adegan Menarik

Adegan HTK cuba menyelamatkan GMN daripada lemas tetapi ditendang hingga pengsan

HTK mengamuk apabila peminat-peminat AN.Jell mula menyukai GMN kerana menyangkakan GMNlah yang telah menyelamatkan HTK

Pertemuan kali pertama antara HTK dengan Yoo He Yi (YHY), bidadari negara (nation’s fairy) – YHY tersilap menaiki van milik A.N.Jell yang menyebabkan timbulnya gosip antara mereka berdua apabila Wartawan Kim ternampak YHY keluar dari van A.N.Jell

Insiden Jeremy ‘menembak’ GMN dengan air semburan: Jeremy ingin bertanyakan kepada GMN tentang hubungan sebenarnya dengan HTK (cemburu?), sebaliknya dia terpikat’ dengan GMN

Insiden Jeremy ‘ditembak’ oleh Shin Woo: Jeremy ingin ‘menembak’ GMN sekali lagi, tetapi dia ‘ditembak pula oleh Shin Woo – kerana sedih, Jeremy memeluk anjingnya, Jolie

Ketika Shin Woo bertanyakan GMN bagaimana HTK boleh terjatuh ke dalam kolam, HTK muncul menyelamatkan keadaan

Ekspresi wajah dan reaksi HTK apabila GMN cuba mendekatinya setelah kembali ke rumah: GMN cuba berbaik-baik dengan masakkan bubur khas untuk HTK, malangnya bubur udang tersebut adalah umpama ‘racun’ bagi HTK yang alergik pada makanan laut/cengkerang

Ekspresi wajah dan reaksi A.N.Jell sewaktu latihan untuk konsert: GMN cuba berbaik-baik dengan HTK tetapi HTK dingin terhadapnya, Jeremy pula menunjukkan memek muka seakan-akan cemburu melihat tingkah GMN itu

Pengurus Ma dan Koordinator Wang akhirnya pulang daripada ‘bercuti’: Mereka meminta maaf daripada GMN kerana menghilangkan diri dan membiarkan GMN berdepan dengan masalah seorang diri

Perbualan A.N.Jell bersama Pengurus Ma serta Koordinator Wang sewaktu sedang menikmati aiskrim:

  • Jeremy bertanyakan ahli A.N.Jell yang lain tentang wanita yang mereka minati – dia menggunakan Yoo He Yi sebagai contoh.
  • Apabila Jeremy bertanyakan HTK tentang tentang wanita yang diminatinya, HTK tidak menjawab pertanyaan itu, sebaliknya menegur GMN yang comot mulutnya dek aiskrim
  • Jeremy cemburu apabila perhatian HTK dan Shin Woo hanya tertumpu pada GMN

Ekspresi wajah Jeremy apabila GMN menjilat bibirnya untuk membersihkan mulutnya yang comot dengan aiskrim: Jeremy terpaku

Ekspresi wajah Jeremy yang pelik apabila GMN mengatakan yang dia tidak mengenali siapakah YHY sedangkan YHY adalah gadis yang menjadi rebutan ramai pemuda Korea, dan jika GMN adalah seorang lelaki normal, dia juga sekurang-kurangnya patut mengenali siapa YHY

Gelagat Pengurus Ma dan Koordinator Wang sewaktu membantu GMN menghafal nama-nama artis popular Korea dalam bentuk permainan dan nyanyian

Gelagat GMN sewaktu di tandas lelaki: Tertidur sambil mengigau identitinya terdedah, lari dikejar rakan-rakan lelaki, wartawan serta peminat

Gelagat GMN sewaktu pertama kali ternampak peminat menulis poster namanya, dan pertama kali menandatangani autograf untuk peminat

Ekspresi wajah HTK apabila melihat tandatangan GMN yang ‘kolot’: GMN hanya menulis nama penuhnya, HTK pula berlagak apabila menyedari GMN memerhatikan dia menandatangani autograf untuk peminat

Gelagat GMN cuba mereka tandatangan yang hebat seperti HTK: GMN pada mulanya meminta bantuan HTK tetapi tidak dilayan, kemudiannya dibantu oleh Shin Woo

Gelagat HTK sewaktu mereka tandatangan untuk GMN: Pada awalnya dia jual mahal, tetapi selepas dipuji oleh GMN, dalam senyap-senyap, dia mereka tandatangan untuk GMN

Gelagat GMN apabila Shin Woo ternampak dia sedang sibuk mereka tandatangan di beranda rumah

Gelagat HTK curi-curi masuk ke bilik GMN untuk meletakkan tandatangan GMN yang siap direkanya

Imaginasi HTK lantaran egonya tercalar tatkala mengetahui GMN telah berjaya mereka tandatangan atas bantuan Shin Woo: HTK memikirkan respon GMN terhadap tandatangan yang direkanya – GMN lebih menyukai rekaan Shin Woo dan mentertawakan rekaannya

Insiden ketika HTK menyusup masuk ke bilik GMN sekali lagi bagi mendapatkan kembali tandatangan rekaannya yang diselitkan di laci meja bilik GMN:

  • GMN yang tertidur di meja kecil di mana HTK menyelitkan tandatangannya itu telah ‘terbalik’ lalu jatuh ke atas HTK dan menyebabkan lampu bilik tidur terpadam
  • Meskipun berjaya mendapatkan kembali tandatangan yang direkanya, HTK yang mengalami rabun malam yang teruk itu menghadapi kesukaran untuk keluar daripada bilik tersebut hingga tersadung beberapa kali

Pertemuan kali pertama antara GMN dengan ibu HTK: GMN tersilap masuk bilik persediaan Mo Hwa Ran, Mo Hwa Ran pula menyangka GMN adalah pembantu peribadinya dan menyuruh GMN memicit kepalanya yang sakit

GMN tidak dapat menumpukan perhatian kepada persediaan konsert kerana cemas menunggu panggilan daripada Pengurus Ma yang pergi berjumpa dengan wanita yang mengirimkan gambar keluarganya tempoh hari

HTK gelisah setelah diberitahu oleh GMN yang dia mungkin akan meninggalkan kumpulan kerana impiannya untuk bertemu semula dengan si ibu bakal tercapai

GMN tercari-cari HTK selepas selesai membuat persembahan untuk mendapatkan semula telefonnya yang disimpan oleh HTK tetapi gagal

Ekspresi wajah Jeremy ketika GMN ingin meminjam telefon daripadanya

Reaksi GMN apabila Pengurus Ma memberitahunya yang ibunya mungkin telah meninggal dunia: Air mata GMN gugur kerana tidak dapat menahan sedih

Jeremy kelam-kabut apabila mendapati GMN sedang menangis tersedu-sedu di balkoni

Reaksi HTK selepas membaca mesej yang dihantar oleh Pengurus Ma kepada telefon bimbit GMN berkenaan ibu GMN: HTK berkejar mencari GMN, tetapi mendapati GMN sedang menangis di balkoni

Reaksi HTK ketika melihat GMN menangis sambil memanggil nama ibunya: HTK sedar yang GMN telahpun mendapat tahu berita buruk itu, lalu dia memeluk bahu GMN

Reaksi Shin Woo apabila Jeremy memberitahunya GMN sedang menangis: Shin Woo terus berkejar ke balkoni bersama-sama Jeremy

Ekspresi wajah Shin Woo dan Jeremy apabila mendapati HTK sedang memeluk GMN yang menangis


Adegan Paling Diminati

Shin Woo menggosok kepala GMN (untuk kali ke-3) sewaktu GMN bercerita tentang misinya untuk mencari ibu kandungnya kepada Shin Woo – selepas selesai membantu GMN mereka tandatangan untuknya

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Saturday, 6 February 2010, in K-Drama, Plot Drama and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s