Adegan Menarik Episod 3: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
| Info || Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik || Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Adegan Menarik: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 3

Senarai Adegan Menarik

Adegan GMN memanjat bumbung lori bagi mendapatkan kembali alat perakam milik HTK: HTK mahu tidak mahu terpaksa membantu GMN memanjat

Reaksi GMN dan HTK apabila lori tiba-tiba bergerak: GMN cuba mendapatkan bantuan HTK, HTK pula terpinga-pinga sambil memerhatikan sahaja lori tersebut berlalu bersama GMN yang masih lagi berada di atas bumbungnya

Adegan HTK mengejar lori yang membawa GMN di atas bumbungnya: Gaya HTK berlari ketika beria-ia mengejar lori yang sedang bergerak itu, GMN pula menangis ketakutan sambil menjerit meminta tolong

Adegan GMN melompat turun daripada lori dan ‘disambut’ oleh HTK: Kedua-dua mereka terjatuh ke atas jalanraya

Adegan GMN dimarahi oleh HTK selepas GMN berjaya melompat turun daripada lori: HTK bertanyakan kepada GMN kalau-kalau insiden kejar-mengejar tersebut  merupakan sebahagian daripada rancangan TV ‘Candid Camera’ – HTK berharap pengalaman pahit itu hanyalah merupakan satu gurauan, jadi dia siap memanggil nama pengacara rancangan tersebut seolah-olah ingin menidakkan kenyataan yang semua yang baru terjadi itu adalah satu kenyataan

HTK melabel GMN sebagai seorang yang berbahaya, ‘a walking accident zone‘ (zon kemalangan bergerak)

Reaksi GMN apabila HTK dengan tegas memberitahunya bahawa dia tidak akan membantu GMN untuk menyembunyikan rahsianya dan menyuruh GMN meninggalkan A.N.Jell

Adegan GMN + Pengurus Ma+ Koordinator Wang berbincang bagaimana untuk mengatasi masalah dengan HTK: Pengurus Ma dipukul berkali-kali oleh Koordinator Wang kerana imaginasi ‘liar’nya:
i) mengurung HTK sepertimana dalam filem ‘Old Boy‘ (parodi),
ii) mengatakan bahawa ‘wanita’ di dalam rakaman HTK bukanlah GMN yang sebenar – parodi drama ‘Temptation of Wife‘, atau
iii) merayu HTK sesungguh hati – parodi lagu ‘Sorry, Sorry‘ oleh Super Junior

Jeremy salah-sangka terhadap GMN:  Jeremy menyangka GMN cuba menggoda HTK apabila ternampak insiden GMN merayu kepada HTK di hadapan lif, dia juga menyangka GMN dalam masa yang sama, turut cuba menggoda Shin Woo apabila ternampak Shin Woo merawat luka GMN (akibat terjun dari lori)

Adegan GMN memohon maaf kepada abangnya sambil menatap gambar si abang: GMN mengambil keputusan untuk meninggalkan A.N.Jell atas gesaan HTK, oleh itu dia merasa bersalah terhadap abang kembarnya itu kerana tidak dapat meneruskan impian si abang untuk mencari ibu mereka

Adegan Pengurus Ma dan Koordinator Wang di kawasan gereja: Mereka bercadang untuk menghilangkan diri buat sementara waktu kerana takut untuk dimarahi oleh Presiden Ahn

Kemunculan seorang wanita misteri yang mengaku dirinya ibu saudara GMN: Wanita tersebut memiliki gambar GMNam dan GMNyeo sewaktu kecil bersama bapa mereka

Adegan GMN mengejar wanita misteri itu setelah surat/gambar tersebut sampai ke tangannya: GMN menyangka wanita tersebut adalah ibu yang dicari-carinya selama ini

GMN buat pertama kali bercerita kepada HTK tentang sebab sebenar dia menyamar sebangai abangnya itu – GMN merayu agar HTK membenarkannya terus menyamar bagi membolehkan dia mencari si ibu – tetapi ditolak HTK

Adegan GMN bersemuka dengan Presiden Ahn: GMN membatalkan hasratnya untuk meninggalkan A.N.Jell dan bertekad untuk terus menjadi ahli A.N.Jell demi mencari ibunya

Adegan GMN bersemuka dengan HTK: GMN merayu agar HTK membenarkannya terus kekal di dalam A.N.Jell

Adegan GMN mencari cincin keluarganya yang dibuang ke dalam kolam air oleh HTK: GMN mencari cincin tersebut tanpa henti dari petang hingga keesokan harinya setelah dicabar oleh HTK

Adegan HTK yang risau memikirkan tentang keadaan GMN: HTK agak cemas apabila melihat GMN hampir-hampir tergelincir di dalam kolam

Adegan GMN memeluk HTK selepas cincin itu dipulangkan kepadanya: GMN terlalu gembira kerana berjaya menjumpai semula cincin kesayangannya itu dan gembira kerana dapat kekal sebagai ahli A.N.Jell, HTK pula tergamam dan merasa kekok kerana dipeluk

Adegan GMN bermain air sabun di dalam tab mandi di bilik hotel HTK: GMN menyanyi-nyanyi riang hingga tersedut air sabun

Adegan GMN berjabat tangan dengan anjing Jeremy, Jolie kerana gembira diterima sebagai sebahagian daripada keluarga A.N.Jell

Sesi penggambaran A.N.Jell: GMN menghadapi masalah untuk mengikut kehendak pengarah fotografi dan terpaksa melakukannya berulang-kali

Jeremy sekali lagi syak tentang hubungan antara GMNHTK dan GMNShin Woo apabila melihat GMN dan HTK bergurau-senda sewaktu sesi penggambaran, Shin Woo pula sibuk bertanyakan hal GMN sewaktu di bilik persalinan selepas selesai sesi penggambaran

Adegan di tepi kolam sewaktu GMN sedang bersalin pakaian seorang diri: Kru penggambaran tiba-tiba muncul dan GMN terpaksa terjun ke dalam kolam kerana tidak mahu rahsianya terbongkar


Adegan Paling Diminati

Adegan di tepi kolam: HTK yang menyedari GMN berada dalam bahaya, lekas-lekas terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan GMN setelah kesemua kru penggambaran beredar dari kawasan kolam renang itu

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Sunday, 31 January 2010, in K-Drama, Plot Drama and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s