Adegan Menarik Episod 2: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
|
Info || Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik || Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Adegan Menarik: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 2

Senarai Adegan Menarik

GMN kaget apabila menyedari dirinya dikelilingi oleh lelaki setelah bangkit daripada tidur

Gelagat GMN apabila teringatkan insiden yang berlaku pada malam sebelumnya: Cuba untuk mengingatkan kembali siapakah yang menjadi ‘mangsa’ apabila dia terjatuh dari kerusi

Adegan GMN cuba mengenalpasti ‘mangsa’nya satu-persatu dan cuba memohon maaf daripada ‘mangsa’nya itu

Insiden yang berlaku di bilik HTK sewaktu GMN cuba meminta maaf daripada HTK atas insiden malam sebelumnya: Niat untuk meminta maaf bertukar tragedi

  • GMN terjatuhkan cairan lilin di atas lantai, cuba mengelapnya tetapi terlanggar rak lalu menyebabkan hampir kesemua barang-barang di atas rak tersebut jatuh
  • GMN cuba memadamkan api lilin yang hampir-hampir menyebabkan skor muzik milik HTK terbakar dengan meludahkan air liurnya
  • HTK yang marahkan GMN telah dengan tidak sengaja menyebabkan sebuah piala yang terletak di atas rak terjatuh dan terkena kepala GMN
  • HTK pula dituduh cuba untuk mencederakan GMN

Gelagat GMN serta Pengurus Ma sewaktu di dalam ambulans yang dalam perjalanan ke hospital

  • Pengurus Ma yang cemas kerana menyangka GMN pengsan akibat dipukul oleh HTK
  • GMN pula enggan ke hospital kerana takut identitinya terbongkar

Gelagat Pengurus Ma yang cuba menipu HTK bagi memberi sedikit pengajaran kepada HTK

  • Pengurus Ma memberitahu HTK bahawa GMN sedang dirawat di hospital kerana kecederaan yang serius sedangkan mereka pada waktu itu berada di sebuah taman
  • Rahsia itu terbongkar apabila HTK terdengar suara penjual telur sewaktu sedang bercakap menerusi telefon dengan GMN

Reaksi GMN terhadap peminat-peminat fanatik A.N.Jell yang memboikotnya berikutan insiden-insiden yang menimpa antara dia dengan HTK

Adegan GMN digomol oleh ‘Angelina Jolie‘, anjing peliharaan Jeremy, sebaik sahaja pulang ke rumah

Reaksi GMN apabila sekali lagi ‘terperangkap’ kerana memasuki bilik HTK secara curi-curi

Adegan HTK mengugut untuk keluar dari rumah sekiranya GMN tidak dikeluarkan dari A.N.Jell

Pertemuan tanpa disangka antara HTK dengan ibu kandungnya di dalam lif sebuah hotel

Adegan GMN sewaktu menjalani sesi fotografi dan kelas tarian: Perubahan sedikit demi sedikit daripada Mi Nyeo kepada Mi Nam

Perbualan antara HTK dengan Presiden Ahn menerusi ‘live internet-conferencing’

  • Presiden Ahn terjatuh daripada kerusi apabila menyedari dia telah tersilap hantar fail kepada HTK yang mendedahkan hubungan sulitnya dengan seseorang

Adegan terbongkarnya penyamaran GMN: HTK terlihat rakaman perbualan antara GMN dengan Koordinator Wang menerusi internet, HTK tersedak air kerana terkejut

Respon HTK setelah mengetahui rahsia tersebut: Reaksi HTK sewaktu memeluk GMN untuk ‘mengesahkan’ sama ada dia benar-benar perempuan

Reaksi HTK apabila terpaksa berpura-pura baik dengan GMN apabila tiba-tiba sahaja Wartawan Kim muncul

Adegan di bilik mandi/bilik persalinan selepas kelas tarian: GMN malu kerana ‘dikerumuni’ oleh lelaki-lelaki yang tidak berpakaian, tetapi ‘diselamatkan’ oleh Shin Woo

HTK bersemuka dengan GMN: HTK memberitahu GMN bahawa rahsianya telah terbongkar!


Adegan Paling Diminati

Adegan di bilik persalinan lelaki apabila Shin Woo menerkup kepala GMN dengan tuala demi ‘menyelamatkan’ GMN daripada insiden yang memalukan itu


About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Sunday, 24 January 2010, in K-Drama, Plot Drama and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s