Sinopsis Episod 2: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
| Info |
| Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik || Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Sinopsis: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod | 1 || 2 | | 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 2

GMN terkenangkan kembali insiden malam sebelumnya...

Disebabkan satu insiden yang berlaku pada malam majlis meraikan kedatangan ‘Go Mi Nam‘ (GMN) selaku ahli baru A.N.Jell, hubungan GMN dengan ketua kumpulan tersebut menjadi janggal. Hwang Tae Kyeong (HTK) yang juga merupakan vokalis utama kumpulan tersebut, sememangnya tidak menyenangi kehadiran GMN sejak awal. Mungkin dia merasa tercabar dengan kehadiran vokalis baru itu kerana sejak lebih daripada 5 tahun A.N.Jell ditubuhkan, dia merupakan satu-satunya vokalis utama kumpulan tersebut.

Disebabkan insiden tersebut, GMN cuba untuk memperbaiki hubungan dengan meminta maaf daripada HTK. Namun, sebaliknya berlaku. Bermacam-macam insiden lain muncul dalam percubaannya itu, sehingga bukan sahaja menyebabkan HTK semakin membencinya, malah peminat-peminat A.N.Jell juga turut salah-sangka terhadapnya. Peminat-peminat A.N.Jell yang masih tidak dapat menerima kehadiran ahli baru dalam A.N.Jell itu menyangka GMN cuba menjatuhkan imej HTK. Oleh itu, mereka mengadakan demonstrasi kecil untuk mengeluarkan GMN daripada kumpulan tersebut.

Shin Woo, si 'jejaka tuala', bersedia untuk melindungi GMN

Namun, GMN bernasib baik kerana dua lagi ahli A.N.Jell, iaitu Kang Shin Woo dan juga Jeremy, menerima baik kedatangannya. Shin Woo sebenarnya, secara tidak sengaja, telah mengetahui ‘rahsia’ GMN sejak malam insiden tersebut lagi. Walau bagaimanapun, Shin Woo yang bersikap matang serta berhati luhur itu memilih untuk mendiamkan diri. Selain daripada itu, Pengurus Ma juga turut membantu ‘melindungi’ GMN dengan bertindak sebagai penasihat setiap kali GMN menghadapi masalah dengan HTK.

HTK pula, disebabkan terlalu marah dengan insiden-insiden yang berlaku, bertindak untuk keluar dari rumah yang dikongsi bersama dengan ahli kumpulan A.N.Jell yang lain. Dia yang sememangnya seorang yang perengus dan sangat mementingkan kesempurnaan itu, lebih suka menyendiri dan tidak suka hak peribadinya diganggu. Sikap GMN yang cuba berbaik-baik dengannya itu benar-benar membuatkan dia berasa rimas. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk mengelakkan diri daripada GMN dengan menginap di sebuah hotel, sebagai tanda memprotes kehadiran GMN dalam kumpulan mereka.

Gambar yang dijumpai GMN di dalam bilik HTK

Tanpa disangka-sangka, sewaktu di dalam lif hotel tersebut, HTK terserempak dengan ibu kandung yang sudah lama tidak ditemuinya. Ibu HTK telah meninggalkan HTK sewaktu dia masih kecil demi mengejar karier selaku penyanyi. Mungkin kerana terkilan dengan perbuatan si ibu, HTK menunjukkan reaksi yang sangat dingin apabila disapa oleh ibunya. Malah, pertemuan yang tidak disangka-sangka itu membuatkannya bertambah tertekan.

Dalam masa yang sama, disebabkan masalah yang timbul antara GMN dengan HTK, pihak pengurusan A.N.Jell terpaksa mengambil langkah yang agak drastik. Presiden Ahn telah membuat keputusan untuk membenarkan GMN menonjolkan bakatnya kepada umum buat pertama kali di dalam sebuah pesta muzikal antarabangsa. Di Festival Muzik Asia yang bakal berlangsung di Korea dalam masa 2 minggu itu, GMN akan diminta untuk membuat persembahan bersama-sama A.N.Jell. Langkah ini diambil bagi melenyapkan gosip yang timbul serta mengukuhkan lagi kedudukan GMN dalam A.N.Jell.

GMN kekok kerana terpaksa belajar menari

Sebagai persediaan, GMN diminta untuk menjalani sebuah sesi fotografi. Meskipun pada mulanya membantah, dia akhirnya sekali lagi terpaksa mengalah dek pujuk-rayu serta helah Pengurus Ma. Sesi fotografi tersebut berjalan tanpa banyak masalah dengan bantuan Koordinator Wang yang juga rupa-rupanya telah mengetahui tentang identiti sebenar GMN.

Selepas sesi fotografi tersebut, GMN terpaksa pula untuk menghadiri kelas tarian bagi memantapkan persembahannya nanti. Meskipun semua ini merupakan sesuatu yang baru baginya, GMN menghadapinya dengan tabah. Malah, dalam waktu yang sama, dia merasa bersalah kerana buat pertama kali dalam hidupnya, terpaksa berbohong dengan ramai pihak.

Rahsia GMN terbongkar sekali lagi...

Tanpa disedarinya, rahsianya itu selagi lagi terbocor apabila HTK, tanpa sengaja, terlihat rakaman perbualan antara GMN dengan Koordinator Wang. HTK yang sememangnya sebal dengan GMN, bertambah sebal apabila mengetahui tentang pembohongan itu. Dia mengambil keputusan untuk bersemuka dengan GMN.

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Saturday, 23 January 2010, in K-Drama, Sinopsis and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Lanjutin lg dong sinopsisnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s