Info Drama: KDrama 2009 – You’re Beautiful

A.N.Jell

KDrama 2009 - You're Beautiful

Maklumat Am:

  • Tajuk (Hangeul): 미남이 시네요
  • Tajuk (Rumi): Mi-nam-i Shi-ne-yo
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): You’re Beautiful
  • Tajuk Alternatif: You’re Beautiful / You’re Handsome / A.N.Jell
  • Genre: Komedi Percintaan
  • Pengarah: Hong Seong Chang (홍성창)
  • Penulis Skrip: Hong Sisters
    Hong Jeong Eun (홍정은) + Hong Mi Ran (홍미란)
  • Bil. Episod: 16
  • Purata Rating Penonton: 10.5% (Seoul), 10.1% (Korea)
  • Stesen Penyiaran: SBS
  • Tarikh Siaran: 07 Oktober 2009 hingga 26 November 2009
  • Waktu Siaran: Rabu & Khamis 21:55
  • Lagu Tema: 미남이 시네요 OST No. 1, No.2 & Special

Pelakon-Pelakon Utama:
A.N.Jell

  • Jang Geun Seok (장근석) sebagai Hwang Tae Kyeong (황태경)
  • Park Shin Hye (박신혜) sebagai Go Mi Nam (고미남)  (Lelaki) /
    Go Mi Nyeo (고미녀) (Perempuan)
  • Jeong Yong Hwa (정용화)  sebagai Kang Shin Woo (강신우)
  • Lee Hong Ki (이홍기) sebagai  Jeremy (제르미)

Pelakon-Pelakon Tambahan:

  • UEE (유이) sebagai Yoo He Yi (유헤이)
  • Kim In Kwon (김인권) sebagai Ma Hoon Yi (마훈이) / Pengurus A.N.Jell
  • Kim Seong Ryeong (김성령) sebagai Mo Hwa Ran (모화란) / Ibu Tae Kyeong
  • Choi Ran (최란) sebagai Choi Mi Ja (최미자) / Ibu saudara Mi Nam & Mi Nyeo
  • Jeong Chan (정찬) sebagai Presiden Ahn a.k.a. Ahn Sa Jang (안사장)
  • Choi Soo Eun (최수은) sebagai Koordinator Wang a.k.a. Wang Kko Di (왕코디)
  • Bae Geu Rin (배그린) sebagai Sa Yoo Ri (사유리) / Presiden Kelab Peminat A.N.Jell
  • Jang Won Yeong (장원영) sebagai Wartawan Kim a.k.a. Kim Ki Ja (김기자)
  • Kim Dong Yeon (김동연) sebagai Dong Joon (동준) / Kawan baik Mi Nam
  • Yoo Seung Ho  (유승호) sebagai pelanggan kedai runcit (Penampilan istimewa, Ep.09)

Sinopsis Ringkas:
Sejak kecil, Go Mi Nyeo, seorang gadis naif, memasang impian untuk menjadi seorang biarawati. Namun, cita-citanya itu terbantut apabila seorang pengurus sebuah kumpulan idola terkenal di Korea memintanya menyamar selaku abang kembarnya sendiri. Disebabkan komplikasi yang dialami sewaktu menjalani pembedahan kosmetik, abang kembar Mi Nyeo, Go Mi Nam tidak dapat menandatangani kontrak sebagai vokalis baru kumpulan A.N.Jell. Oleh itu, satu-satunya orang yang dapat menggantikan tempat Go Min Nam buat sementara waktu, adalah Go Mi Nyeo.

Termakan dengan pujuk-rayu Pengurus Ma,  Mi Nyeo akhirnya bersetuju. Dari situlah bermulanya sebuah kehidupan yang baru baginya. Bukan sahaja selaku seorang artis, tetapi juga selaku Go Mi Nam, seorang lelaki. Meskipun agak kekok dan tidak selesa kerana terpaksa menyamar sebagai abang kembarnya, ‘Mi Nam’ bernasib baik kerana dua daripada tiga anggota asal kumpulan A.N.Jell, iaitu Kang Shin Woo dan Jeremy, menerima baik kedatangannya.

Namun, kehidupannya menjadi semakin mencabar apabila vokalis utama kumpulan itu, merangkap ketua kumpulan, tidak menyenangi kehadirannya. Kumpulan A.N.Jell sebenarnya memang memerlukan seorang vokalis tambahan kerana vokalis utamanya, Hwang Tae Kyeong, mengalami masalah vokal disebabkan terlalu kerap melakukan persembahan secara langsung.

Dapatkah ‘Mi Nam’ menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya itu? Dan, dapatkah dia menyembunyikan identiti sebenarnya daripada pengetahuan peminat serta anggota-anggota A.N.Jell yang lain?

Sinopsis Episod
Episod | 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |
Adegan Menarik
Episod | 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |
Paparan Skrin
Episod | 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Fakta Menarik:
Drama ini ditulis oleh Hong Sisters, pasangan adik-beradik yang juga pernah sama-sama menulis skrip untuk drama-drama komedi terkenal, seperti  KDrama 2008 – Hong Gil Dong (KBS2) dan KDrama 2005 – My Girl (SBS). [Sumber: DramaWiki]

Fakta Menarik:
Kumpulan A.N.Jell mengadakan 2 konsert mini khas untuk penggambaran drama ini. Konsert mini pertama yang diadakan 20/09/09, iaitu sebelum drama ini disiarkan, berjaya mengumpulkan 1,500 penonton. Konsert mini kedua yang diadakan pada 23/11/09 pula berjaya mengumpulkan kira-kira 3,000 peminat. Kedua-dua konsert ini diadakan di Melon AX Hall di Seoul. [Sumber: gogogirl@BNTNews.co.kr, bongjy@OSEN.co.kr]

Fakta Menarik:
Album 미남이 시네요 OST No. 1 yang dilancarkan pada 4 Oktober 2009 mencatat sejarah dengan penjualan lebih daripada 15,000 unit pada minggu pertama pelancarannya, satu pencapaian yang sangat membanggakan. [Sumber: hyuna@BNTNews.co.kr]

Fakta Menarik:
Bukan sahaja OST, malah gaya rambut watak utama, Hwang Tae Kyeong (lakonan Jang Geun Seok) dalam drama ini juga sering mendapat perhatian. Antara gaya-gaya yang diperkenalkan adalah: (i) 미끌머리 (Mi-kkeul-meo-ri / Gaya ‘Pemahat’ ) – untuk menonjolkan HTK sebagai seorang yang berkarisma tinggi, (ii) 엘비스 머리 (El-bi-seu Meo-ri / Gaya Elvis Presley) – untuk menonjolkan gaya seorang idola, dan (iii) 사과 머리 (Sa-gwa Meo-ri / Gaya Buah Epal) – gaya santai bagi HTK.
[Sumber: beauty@BNTNews.co.kr]

Fakta Menarik:
Sekiranya Hwang Tae Kyeong terkenal dengan rambutnya, Go Mi Nam pula terkenal dengan ‘pig-rabbit‘nya. 돼지토끼 (Dwae-ji-to-kki / ‘Pig-rabbit‘ / Arnab Cik Babe) adalah anak patung arnab berhidung khinzir. Ia adalah anak patung yang ‘direka’ khas oleh HTK untuk GMN sempena nama gelaran yang diberikan oleh HTK kepada GMN. Dijual dengan harga melebihi RM100 (mahalnya!), anak patung ini begitu popular sehingga ia dijadikan sebahagian daripada ikon drama ini.

Fakta Menarik:
Selain berlakon untuk drama, pelakon-pelakon YAB juga turut terlibat dalam parodi (meniru gaya nyanyian/lakonan artis). Antara parodi yang dihasilkan adalah parodi: SNSD (lagu ‘Tell Me Your Wish‘/’Genie’), 2Ne1 TV, Seo Ta Ji (lagu ‘I Know‘), DJ Doc (lagu ‘Run to You‘) dan BEG (lagu ‘Abracadabra‘).

Sumber Info: DramaWiki , HanCinema , KoreanDrama, AnimeCrazy, DramaBeans – pautan ke BNTNews, OSEN
Sumber Video: Viikii, DRAMANJELL@Youtube

Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
Drama ini sememangnya amat menghiburkan meskipun mendapat catatan rating yang rendah sewaktu penyiarannya di SBS. K-Drama berunsurkan aksi, IRIS yang disiarkan pada slot masa yang sama di KBS2 dikatakan punca utama kenapa drama ini mendapat catatan rating sedemikian. Ditulis oleh penulis-penulis skrip yang berpengalaman dalam penulisan drama berbentuk komedi, drama YAB ini pastinya mencuit hati penonton kerana ia padat dengan jenaka-jenaka yang segar serta cara persembahannya yang unik dengan ‘selingan-selingan’ atau ‘parodi’ yang melucukan….


Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ Wajib Tonton! ]
  • Kualiti Drama Secara Keseluruhan: [ Berkualiti ]

———————————————————————————————————————
Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Terjemahan dilakukan berdasarkan penulisan di dalam Bahasa Inggeris dari sumber-sumber yang telah dinyatakan di atas. Berita yang dipetik daripada BNTNews dan OSEN diterjemah menggunakan Google Translate, oleh itu, ia mungkin tidak 100% tepat dan lengkap.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Tuesday, 8 December 2009, in Info Drama, K-Drama and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Satu insiden kecil berlaku semlm. Plot drama ini, yg ditaip secara terus menggunakan editor WordPress, gagal utk di’save’. Setelah menghabiskan masa lbh daripada 2 jam untuk menulis plot dari awal hinggalah ke akhir cerita, ssseeediihnya bila semuanya hilang begitu shj…😦

  2. Sejak semlm, 花火 Hana-bi merasa agak terkilan sdkt apabila tbaca komen drpd pemilik salah-satu blog yg 花火 Hana-bi jadikan sbg rujukan dlm pos ini. Pemilik tsebut mrh krn ada pihak yg ‘mencuri’ pos beliau. Meskipun tidak ditujukan secara langsung kpd 花火 Hana-bi, namun sdkt-sebyk, panasnya turut trasa. Al-maklum sajalah, salah-satu pos 花火 Hana-bi ‘muncul’ sebagai komen di pautan tersebut.

    Mungkin 花火 Hana-bi perlu lbh bhati-hati di kemudian hari, meskipun 花火 Hana-bi tidak rasa apa yg 花火 Hana-bi buat ini salah krn 花火 Hana-bi hanya mengambil ‘gist’ / intipati sebahagian drpd info drpd pos tsebut, kemudiannya mengulasnya dlm ayat sendiri. Tmbhan pula, 花火 Hana-bi ada menyatakan dari mana sumber maklumat itu dperolehi.

    Hmm….mungkin 花火 Hana-bi yg tlalu sensitif…😦

  3. best kot ceti ni best sangat aku suke lee hingki sebab dia segak

  4. Lee Hong Ki mmg ‘cute’!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s