환영! Selamat Datang!

Selamat datang ke laman blog 花火 Hana-bi.

Ini adalah paparan pertama 花火 Hana-bi di dalam blog ini. Blog ini akan berkisarkan tentang drama/filem Korea yang bakal/telah disiarkan serta perkembangan artis-artis Korea. Uniknya tentang blog ini adalah, anda akan menemui lirik-lirik lagu soundtrack rasmi (OST) bagi drama/filem yang diterjemahkan sendiri ke dalam Bahasa Melayu oleh 花火 Hana-bi. Selain daripada itu, 花火 Hana-bi juga akan mengolah lirik-lirik tersebut ke dalam bentuk ‘sing-along lyrics‘ yang mana anda akan dapat menyanyikannya bersama rentak lagu yang asal.

Memandangkan sekarang ini 花火 Hana-bi sedang ‘obses’ dengan KDrama 2009 – You’re Beautiful (미남이시네요), maka apa yang bakal 花火 Hana-bi poskan di dalam blog ini dalam waktu terdekat ini pastinya berkisar tentang drama tersebut. Jadi, sekiranya anda turut meminati drama tersebut, yang baru sahaja tamat siarannya di kaca TV Korea pada 26 November yang lalu, silalah ikuti laman blog ini.

Sekarang ini, 花火 Hana-bisedang dalam proses menterjemahkan lagu-lagu yang dijadikan sebagai soundtrack (OST) bagi drama YAB. Setakat ini, 花火 Hana-bi telahpun menterjemah serta membuat olahan lirik bagi 3 buah lagu yang dipetik daripada album You’re Beautiful OST No.1. Lagu-lagu ini, termasuk beberapa lagu lain dalam album OST No.1 dan OST No.2, akan 花火 Hana-bi muatkan di dalam blog ini pada masa akan datang.

Sebenarnya, hasil penulisan/catatan/coretan/ulasan 花火 Hana-bi sebelum ini banyak dipaparkan di blogspot.com. Oleh kerana sedikit fleksibiliti yang diperlukan gagal ditawarkan oleh blogspot.com, maka 花火 Hana-bi mengambil keputusan untuk ‘berhijrah’ ke wordpress.com pula. Buat masa sekarang, 花火 Hana-bi masih belum terbiasa dengan cara wordpress.com, oleh itu banyak yang perlu dipelajari.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. :)

Semoga anda akan temui apa yang anda tercari-cari selama ini, di sini…

| 花火 Hana-bi |


About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Monday, 7 December 2009, in Catatan 花火 Hana-bi and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Hai. Ini komen pertama dalam blog ini🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s